Friday 10 June 2011

Khuruj Fi Sabilillah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan segala nikmat yang dipinjamkan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, x habis2 nikmat yang Allah berikan buat diri yang hina ini. Baru jer diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah haram, sekarang diberi plak peluang untuk khuruj ke jalanNya....Alhamdulillah...

Tadi baru dapat tahu yang kawan yang akan bersama aku untuk khuruj nanti dah dalam perjalanan ke UM. Alhamdulillah, mungkin dah sampai da kot dia...aku akan bertolak malam ni...kami akan ke UM dulu memandangkan kami jemaah dari UM...jumpa karkun2 laen dulu...dah x sabar rasanya...

memang kena berkorban la siket...baru je balik dari umrah, sedara mara pun masih ramai lagi ni datang ziarah...orang datang, kita plak nak pergi...hmm, biasa la...klu ikutkan hati yang sukakan dunia ni, memang x puas nak enjoy ngan kawan2...tapi, Iman punya pasal, kena la korban itu semua...tambah2 plak sekarang musim bola kan? hehe...Final piala FA, Kelantan vs Terengganu....semua berpusu2 ke stadium...inilah ujian dunia...

Ok la, nak kemas2kan beg dulu...nanti x sempat plak...semoga perjalanan 40 hari ku diberkati...harap2 dapat tingkatkan Iman dan Amal...insyaAllah

Wassalam



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Thursday 9 June 2011

Diari di Tanah Suci (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah, hari ni aku akan mulakan cerita perjalanan aku bersama keluarga sepanjang kami berada di tanah suci. Walaupun rasanya x sempat nak cerita sampai akhir, tapi xpe, klu x sempat insyaAllah aku akan sambung balik lepas aku balik nanti...


BERTOLAK DARI KELANTAN

Pada hari Rabu 25 Mei, lepas sume barang2 da sedia, tuan punya badan pun da sedia, kami bertolak ke lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa...hmm, biasa la klu nak ke mana2, tambah2 plak nak ke Mekah, klu x semua famili datang sama2 ke airport, paling kurang pun mesti tiga atau empat buah kereta gak yang mengikut...hehe...klu dulu aku hanya hantar jemaah ke airport tapi kali ni aku plak yang dihantar...

Keadaan di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa

Yang kecik pun ikut sama..hehe

Dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah...bermalam di sana sementara menunggu flight seterusnya sebab kami bertolak dari kelantan pun da malam...

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah


DARI KLIA KE DUBAI

Pada keesokan harinya, 26 Mei, kami bertolak ke Dubai dari KLIA. Kami transit di Dubai sebelum ke Jeddah. Flight kami dari KLIA pukul 10.30 pagi. Perjalanan ke Dubai mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Menunggu di KLIA

Makan dulu la...

Tiket flight

Dalam flight

Tiba di Dubai

Sampai di Dubai kena tunggu lagi...lebih kurang 2 jam menunggu, akhirnya gate dibuka...(^_^)


DARI DUBAI KE JEDDAH

Gate flight ke Jeddah

Setelah semuanya selesai, dan flight pun selamat berlepas, memang kerja aku duk asyik jenguk tingkap flight jer...hehe...maklumlah, aku ni jarang naik flight...bila dapat naik macam tu la jadinya...begitu hebatnya kejadian Allah...

Permandangan dari tingkap flight

Subhanallah...mula2 aku tengok permandangan ni, aku xde pikir laen da...dalam kepala aku ni ya Allah, sungguh hebatnya Engkau...banyak lagi yang aku sempat amik...hehe...orang laen sume lena, aku jer yang duk jengok2 tingkap sambil kamera di tangan...hehe...bagi yang biasa naik flight tu memang selalu la tengok permandangan ni tapi sejauh mana kita fikir tentang kebesaran Allah ini...kita sering bangga apabila lihat kapal besi yang dapat terapung diudara malah kini kapal besi ini semakin besar...tapi pernah x kita fikir betapa hebatnya Allah mencipta sesuatu yang amat2 besar terapung di udara tanpa sebarang enjin...Allahuakbar... sebab tu la aku memang tengok tingkap jer...tengok kejadian2 Allah...langsung x jemu...syukur sangat2 sebab Allah bagi peluang untuk aku lihat kehebatanNya ini...

Ketika nak mendarat di Jeddah

Setibanya di Jeddah, hati aku memang teruja...dapat jejak kaki di bumi Allah ini...keadaan memang sangat berbeza...seperti yang korang dapat tengok dalam gambar kat atas ni, xde pokok? hehe...keadaan yang panas, yang ada cuma pokok kurma dan laen2 yang sejenis dengannya...klu ada pokok2 bunga biasa pun, kena ada saliran air paip nak bekalkan air secukupnya...

Dari Jeddah, rombongan kami bertolak ke Madinah...hati aku memang cukup2 teruja nak pegi dan jejakkan kaki di bumi Madinah...namun, aku terpaksa menunggu lagi beberapa jam naik bas ke Madinah...sepanjang perjalanan ke Madinah, mata aku memang x dapat nak tutup...asyik tengok tingkap jer...klu tadi tingkap flight, sekarang tingkap bas plak jadi mangsa aku...hehe...maklumlah, orang pertama kali sampai di bumi Arab ni...

Setelah beberapa jam duk atas bas, dan mata pun da beberapa kali terlelap, akhirnya aku dikejutkan dengan pembesar suara dari dalam bas yang mengatakan kami telah tiba di Madinah...aku terus terjaga, terus selak langsir bas, jenguk tingkap...gelap jer...memang la, da malam...haha...aku sampai di Madinah tengah malam...da nak subuh da pun...apa yang aku dapat lihat dari luar tingkap, orang berpusu2 ke depan...aku dalam keadaan mamai lagi atas bas tu...x pasti diorang ramai2 ke mana...lepas turun bas, baru la tahu bahawa mereka semua berjalan ke Masjid Nabawi untuk solat subuh...aku tengok jam, eh awal lagi...(biasa kat tempat kita 15 minit nak masuk waktu baru nak pegi)...baru sampai, aku da dapat pengajaran berguna... Allahuakbar...

banyak lagi kisah2 menarik aku nak ceritakan, ni baru sampai Madinah...belum lagi cerita apa yang aku buat sepanjang 4 hari di Madinah dan 6 hari di Mekah...nak tahu kisah2 ni, tunggu part seterusnya selepas 22 Julai nanti...(^_^)

Aku nak mohon maaf sebab x dapat nak habiskan cerita aku ni...baru sampai balik semalam, then esok aku akan bertolak ke KL...seperti yang aku gtau sebelum2 ni, lepas balik umrah nak terus keluar berdakwah...janji mesti ditunaikan...insyaAllah, lepas 22 Julai ni aku sambung cerita aku ni...wassalam




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Apa Khabar Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah...setelah 2 minggu berada di tanah suci, semalam selamat sampai di Malaysia tercinta...alhamdulillah, segala2nya berjalan lancar...

Perasaan? HEPI selamat sampai di Malaysia, SEDIH terpaksa tinggalkan tanah haram Mekah&Madinah, BERSEMANGAT nak khuruj fi sabilillah...semua ada...hehe..tapi memang x bley lupa la pengalaman di tanah suci...bez sangat2....insyaAllah aku akan kongsi dalam blog ni...aku akan ceritakan satu per satu dari awal sampai akhir sepanjang perjalanan aku dan keluarga ke tanah suci...ingat nak cerita sekarang, tapi rasanya macam tak sempat jer...hmm..

seperti yang aku bgtau sebelum ni, aku akan terus mulakan khuruj 40 hari sejurus selepas balik dari umrah setelah tertangguh selama 2 bulan...jadi, esok insyaAllah aku akan bertolak ke sana....x sabar nak jumpa rakan2 seusaha yang laen...

ada sahabat kita yang ziarah blog ni yang mahukan perkongsian pengalaman di tanah suci...memang aku ada banyak cerita yang nak dikongsi...tapi aku nak mohon maaf sebab x dapat nak cerita sekarang sebab terpaksa sempurnakan khuruj aku dahulu...insyaAllah, setelah habis 40 hari aku nanti, aku akan ceritakan pengalaman2 aku di tanah suci dan juga sepanjang khuruj aku nanti...dah 2 bulan aku x keluar berdakwah... harap korang sume dapat bersabar...wassalam



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ