Sunday 29 January 2012

Baiknya Tuhan Kita


Allah SWT tidak pernah melupakan hambaNya...
Hanya hambaNya saja yang sering lupa akan Tuhannya...
Dunia dijadikan Tuhan...
Tatkala Tuhan menyeru hambaNya, hambaNya masih sibuk dengan dunia...
Namun, apabila hambaNya mengangkat tangan meminta bantuan,
tidak pernah sama sekali dipersia-siakan...
Baiknya Tuhan Kita...
Tapi hambaNya masih lupa...
Bila mana apa yang diminta tak kunjung tiba ,
Tuhan dipersalahkan...
ingatlah...
Jangan sesekali bersangka buruk terhadap Allah...
pasti ada yang lebih baik...

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186)

Allah itu Maha Mengetahui...
Walaupun tidak dimaklumkan, Dia tahu segalanya isi hati hambaNya...
Allah itu Maha Pemurah...
Walaupun tidak diminta, Dia tetap memberi kepada hambaNya...


"Kalau kamu meminta kpd seseorang dgn mengetuk pintu rumahnya
berulang-ulang, maka dia akan marah kpdmu. Sedangkan Allah,
tiap kali kamu meminta kepadaNya maka tiap kali itu pula Allah
mencintaimu, kerana kamu bersandar kepadaNya"

- Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni


Baiknya Tuhan Kita...
Teruskanlah berdoa dengan penuh rendah diri dan khusyuk...
janganlah diungkapkan doa dengan jiwa yang hambar...

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55)




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Saturday 28 January 2012

Diari di Tanah Suci (Part 2)




Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya Diari di Tanah Suci (Part 2) da keluar...haha..lama betul...maaf la, xde masa nak update cerita pasal pengalaman kat Tanah Suci ni...hari ni Alhamdulillah ada msa free sikit, boley la nak update panjang2 skit.... Walaupun dah 8 bulan berlalu, kenangan di Tanah Suci masih segar lagi...tapi feeling menulis kali ni x sama la dengan Part 1 tuu...masa tu bru balik, masih fresh lagi...huuuu

Xpe la, walaupun feeling cam dulu da xde tapi nak cerita gak la....bila tengok2 gambar2 tu, teringat balik la...hehe...kali ni biar gambar2 la yang ceritakan semuanya...xpayah tulis panjang2...haha...

Ni semasa kami di Madinah...kami kat sini beberapa hari sebelum bertolak ke Mekah...


HARI PERTAMA DI MADINAH (27/5/2011)


Kat Masjid Nabawi

My family (^_^)

Sekitar Masjid Nabawi

Kubah hijau...tempat makam Nabi

MasyaAllah....best sangat suasana kat Masjid Nabawi...orang ramai memang x putus2, masing2 xnak lepaskan peluang menziarahi makam Baginda tercinta Nabi Muhammad SAW....sekarang nak bawak pegi jalan2 sekitar masjid plak...JOM!!


Kedai diluar Masjid Nabawi

Haiyaa...sape plak ni???

Sekali KFC daaa....kat Madinah pun ader tau..

Suasana petang di Masjid Nabawi

Jalan punya jalan, sampai ke petang...gambar kat atas ni waktu petang Masjid Nabawi...payung2 yang kembang macam gambar kat atas tadi tu, sume da bertukar jadi tiang2 indah....hehe...gambar kat atas ni klu x silap pukul 6:20 ptg waktu Madinah, lebih kurang 11:20 mlm waktu Malaysia...(orang Malaysia da nyenyak tido...haha)...


HARI KEDUA DI MADINAH (28/5/2011)

Kalau ditanya kepada para jemaah apa yang mereka inginkan semasa berkunjung ke Madinah, pasti semuanya akan menjawab semasa di Madinah saya xkan lepaskan peluang untuk melihat makam Nabi secara dekat dan bersolat di Raudhah (sebuah tempat kecil yang terletak antara makam Rasulullah dan mimbar masjid). Raudhah merupakan kawasan asal masjid Nabi...nak tahu lebih lanjut mengenai Raudhah sila ke sini. Memang semuanya berebut...memang xde ruang la kat situ...hanya mampu berdoa je minta agar diberi peluang untuk ke Raudhah...

Hari pertama, kami pada mulanya cuba ke Raudhah tapi sesak dengan jemaah...jadi kami ambil keputusan untuk berada di tempat lain...pada hari kedua, sama seperti hari pertama, kawasan Raudhah sesak dengan jemaah...selalunya selepas solat zohor kami balik ke hotel untuk berehat pastu bila nak Asar pegi balik, tapi masa hari kedua kami x balik hotel lepas zohor...balik kejap jer pastu terus pegi masjid...saje nak manfaatkan masa...secara x diduga, masa kami sampai, kawasan Raudhah KOSONG!!!...ape lagi, kami terus masuk dan sempat la solat sunat...belum sempat bagi salam, jemaah berpusu-pusu datang dan dalam kawasan Raudhah kembali sesak macam biasa...kami pun terus keluar la, bagi peluang kat jemaah lain....Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya kami dapat merasa solat di Raudhah...maknanya kami hanya awal beberapa minit jer...rezeki kami kot...(^_^)

Mimbar Masjid Nabawi
Air zam zam...minum puas2..hehe

Macam mana? rasanya cukup la untuk kali ni...banyak lagi klu nak cerita ni...Mekah belum sampai lagi ni...hehe...insyaAllah, ada masa, panjang umur, aku kongsi lagi...harap2 Part 3 x tertangguh lama macam Part 2..Amin...(^_^)





Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Friday 27 January 2012

Menahan Lapar Semalaman kerana Menghormati Tetamu


Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w.  dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu." 

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "DemiAllah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?" 

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)


Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan4.htm


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Amar syahid di medan perang


SEMASA Nabi Muhammad SAW bersiap-siap ke medan perang Uhud, Baginda didatangi seorang lelaki daripada Bani Asyahali bernama Amar bin Thabit. Pemuda itu menyatakan keinginannya untuk memeluk Islam dan mahu mengikut angkatan perang bersama Rasulullah.

Muslimin di Madinah mengetahui betapa terasingnya Amar di tengah-tengah kaumnya yang telah memeluk Islam. Hatinya tertutup rapat untuk menerima nur ALLAH itu.

Tidak ramai yang tahu mengenai keislaman Amar kerana sibuk menyiapkan bekalan ke medan perang. Majunya Amar dengan keberanian luar biasa, berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, namun langsung tidak dipedulikan hingga Amar akhirnya rebah.

Ramai bertanya untuk apa dia ke mari kerana menyangka lelaki itu masih musyrik, dalam keadaan antara hidup dan mati Amar menjawab, "Aku sudah beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedang ku menuju ke medan perang. ALLAH bakal memberikanku syahidah sedikit waktu lagi,". Lalu syahidlah Amar sebagai pahlawan Islam.

Kesyahidan Amar diketahui Rasulullah dan baginda bersabda, "Amar akan berada dalam syurga nanti,". Abu Hurairah meriwayatkan hadis dengan berkata, "cuba kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun terhadap ALLAH dan jika kamu tahu orangnya, itulah dia Amar bin Thabit.

Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan4.htm


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Wednesday 25 January 2012

Khuruj Ku : The Special One


Assalamualaikum w.b.t.

Ape khabar sume, mudah-mudahan sihat2 belaka....(^_^) Sekarang mood hepy sebab baru cuti setelah 3 minggu bergelut gn exam paper....Hmm, kali ni nk cerita pasal khuruj aku lepas abis exam baru2 ni...lepas abis exam, keesokan harinya terus khuruj sebelum balik Kelate...tapi...tapi...satu hari jer...huhu...Iman lemah, x sanggup korban lebih....Astargfirullah...

Walaupun satu hari, tapi khuruj kali ni bagi aku sangat istimewa....sebab, ni la first time aku khuruj bersama jemaah foreigner...speaking la aku selama sehari...haha...ape yang uniknya, jemaah seramai 22 orang ni adalah hamba2 Allah yang datangnya dari 8 negara....haaa, jangan terkejut...ada dari India, Pakistan, Bangladesh, Nigeria, Somalia, Uzbekistan, Palestin dan tentunya kami dari Malaysia...semuanya bawa satu matlamat yang sama iaitu untuk buat usaha agama, tiggikan kalimah لا إله إلا الله ....

Kebanyakan ahli jemaah dari UM dan 4 orang dari UIAM...kami khuruj ke Jalan Kuchai Lama...ada surau kat situ, alhamdulillah walaupun sederhana, tapi 5 waktu solat kat situ hidup...mudah-mudahan amal agama dapat kekal dan jemaah bertambah ramai...insyaAllah pasni 5 amal masjid pula dapat hidup...Amin...

        - catatan pendek 24/1/2012 -


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ