Thursday 16 February 2012

"Teruskan Perjuangan..."

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...segala penat lelah sepanjang semester pertama da berakhir...keputusan pun da dapat...Alhamdulillah, walaupun x berapa nak cemerlang tp syukur la dengan ape yang dapat...semuanya da ditentukan...semua rezeki kita kat dunia ni dah ditetapkan sebelum kita dihantar ke dunia lg...xperlu risau dengan dunia...yg perlu risau adalah perkara yg blm tentu lg bg diri kita yakni keadaan kita di akhirat yg kekal abadi....betul x?

Kepada sahabat2 yg sebaya, seangkatan, seperjuangan dan semua la baik yang masih belajar mahupun yg dah bekerja, teruskan perjuangan anda semua kerana pasti setiap di antara kita melalui jalan yang sukar sepanjang mengharungi cabaran dalam bidang masing2 kn...

Sekarang da mula semester baru...azam pn baru...insyaAllah cuba menempatkan diri dalam senarai dekan selepas ni...x mustahil jika kena caranya...yg penting, semuanya dari siapa? yer betul...semuanya dari Allah...jd jangan sesekali lupa kepada-Nya...kepada kawan2 yg pointer kurang menyerlah, jangan sedih...yakin lah bahawa Allah itu Maha Mengetahui...Dia tahu apa yg terbaik utk setiap hambaNya dan pasti dan pasti ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku...

Dunia ini hanya sementara...semua kat dunia ni sementara...apa yg kekal? Hari ni kita gembira, lmbat laun kegembiraan itu akan hilang....Hari ni kita sedih, lambat laun kesedihan itu pn akan hilang...kita kenyang, lma2 lapar balik...kita muda, lama2 akn tua...tiada apa yg kekal kat dunia ni...jd jangan mudah terpedaya dengan helah dunia...Dunia langsung xde nilai disisi Allah...yg bernilai ape? Iman dan Amal kita...TAPI, jangan plak salah faham...bukan bermaksud dunia ni x penting...Dunia ni penting sebagai persiapan utk kampung kita di akhirat kelak insyaAllah....

Dunia ibarat air laut dan kehidupan akhirat kita ibarat sebuah pulau...kita berada di atas perahu yg sedang menuju ke pulau...utk sesebuah perahu sampai ke pulau, perlulah melalui air laut (xde rasa nyer perahu jalan atas darat...hehe)...Tapi, jangan sampai perahu itu bocor dan karam sebelum tiba di pulau...maknanya kita perlukan mengharungi kehidupan di dunia ini tapi jangan sampai kita hanyut dengan dunia sebelum kita tiba di kampung asal kita yakni Jannah...Amin ya Allah...

Ok la...semoga dengan tulisan yg pendek ini kita dapat sama2 muhasabah diri kita...pape pun, SELAMAT BERJUANG kepada sume...jom layan lagu ni, BEZZ!! 




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ