Friday 23 March 2012

Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).



Sumber : di sini


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Wednesday 21 March 2012

Ketenangan


Satu orang yang pernah merasai kemanisan iman, apabila dia jauh dari Allah, dia akan gelisah dan hilang rasa ketenangan dalam dirinya...

satu orang yang x pernah merasai kemanisan iman, apabila dia jauh dari Allah, dia x rasa apa2 dan x rasa pun kehilangan sifat ketenangan dalam dirinya...

KERANA, dia x pernah merasai ketenangan sebenar-benar ketenangan....


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...syukur sebab Allah masih lagi sayang kita semua...(^_^)

Hmm...sejak kebelakangan ni hati gelisah jer...kenapa yer...hmm..itulah, bila ketenangan tiada hidup x tentu hala...ape bnda pn x jadi...2 3 hari ni hidup rasa kosong jer padahal keje bertimbun yg perlu diselesaikan... mungkin sebab da xde suasana cm dulu kot...klu dulu malam2 jmpa kawan2..hepy..tp sekarang da x lagi...agak terasa la laen nyer bla tiba2 suasana bertukar...tp sebenarnya, sume nyer kita dah tahu tp buat2 x tahu...kan da tahu dunia ni sementara...xde apa yg kekal kat dunia ni...cari la, x jumpa...sbb dunia ni x kekal...ari ni kita suka, esk blm pasti...ari ni sedih, esk blm tntu....jadi tidak hairan lah jika dulu kita berseronok bersama tapi kini xde lagi...perlu terima...buat apa bersedih kerana bnda kita da tahu...cuma mungkin kita lupa...alpa dengan keindahan dunia....kelemahan aku...lemahnya Iman aku...Ya Allah...

Inilah dunia...dengan berbekalkan Iman yg lemah, alpa sikit jer, terus hanyut...baru sikit ni, da x bley jaga...Ya Allah...Alhamdulillah, Allah bagi aku kawan2 yg sentiasa mengingatkan aku kembali akan kelemahan diri...walaupun tidak secara direct, tp hakikatnya aku dapat fahami...syukur Ya Allah...

Benarlah, ketenangan yg sebenar hanya akan dirasai bila kita dengan dengan Allah...macam mana nk dekat dengan Allah kalau hari2 ingat, fikir, risau ke atas dunia....hari2 kejar dunia...hari2 cakap pasal dunia...hari2 agung2kan dunia...dapat lah dunia...tapi kita nak dapat redha Allah...kita nak ketenangan dalam hati...hati2 kita Allah yg pegang...mohonlah pada Allah....Ya Allah, berilah ketenangan pada hambaMu ini...mintak dengan Allah...doa nangis2 macam budak kecik depan Allah...jangan malu nak menangis kerana Allah...

Hah...tulisan ini sebagai peringatan untuk diri aku yg lemah ni...sering sangat lalai...dunia ni cantik di mata, hakikatnya xde nilai pn sebenarnya...moga2 kita x mudah terpedaya dengan dunia ni...sebagai nasihat utk diri sendiri, ambillah dunia sekadar utk keperluan...buru lah akhirat kerana ia bekalan kita di sana nanti... hiasi lah syurga mu ketika di dunia ini dengan menjunjung perintah2 Allah...


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Friday 16 March 2012

Fenomena PZ

Assalamualaikum w.b.t.

Tak tau macam mana nak mula menulis kali ni...OK..Alhamdulillah, hari ni, tanggal 15 Mac 2012, detik yg amat menggembirakan aku...Alhamdulillah detik yg Permata Za'ba nanti-nantikan selama ni akhirnya tiba jua...setelah sekian lama menelan keperitan berkali2 sebelum ni, akhirnya sinar kegembiraan terpancar di wajah2 mereka...aku sangat2 gembira sebab aku dah pernah melihat dan sama2 merasa detik2 keperitan sebelum ni...bagaimana perasaan mereka ketika tu...itulah rezeki...yg dapat haruslah bersyukur, yg x dpat haruslah redha dengan ketentuanNya...

Permata Za'ba...TAHNIAH!!

Tahun ni kita dapat tempat ketiga...Bersyukurlah...berkat usaha kita selama ni dan jangan lupa ini semua adalah dengan izin Allah...kita usaha, doa dan tawakkal..insyaAllah...betulkan niat kita, semata2 nak sampaikan mesej kat kawan2 kita kat bawah stage tu...kan? mudah-mudahan mesej yg kita sampaikan tadi diterima...

Akhirnya semuanya berakhir...pasni da payah nak jumpa rakan2 PZ sekalian...insyaAllah, semoga ukhuwah kita kekal sampai bila2...Amin...PZ dah berjaya membentuk satu lagi fenomena dalam kehidupan aku... walaupun aku bru first year, tapi PZ pndai pujuk aku untuk terus selesa sepanjang kami bersama...bukan senang aku nk selesa gn satu2 organisasi...tapi, PZ berjaya...hehe...

Famili PZ...(^_^)
PZ on stage...
Saat-saat kegembiraan PZ...

Permata Za'ba - Pulang

Detik2 perjuangan PZ
Tahniah sekali lagi...




Permata Za'ba
menyinar selamanya...


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Sunday 11 March 2012

TQ Permata Za'ba


Hepy sangat hari ni...(^_^)
riadah same2...macam2 ragam..
THANX PZ...Gud Luck for this 15 March

Usaha + Doa + Tawakkal
InsyaAllah,
Kejayaan milik kita....

InsyaAllah



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Saturday 3 March 2012

Talkin Bacaan Terjemahan

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Masa baca tu, sebutlah nama sendiri ya…., kalau tak terasa meremang, sama samaah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A’LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr ..
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:”Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah : 237
“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”





Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Friday 2 March 2012

Kematian & Dorongan Untuk Selalu Mengingatinya


Ketahuilah, sesungguhnya org yg tenggelam dalam urusan duniawi yg pnuh dengan tipu daya, dan cinta akan kesenangan-kesenangannya, pasti hatinya akan lalai dari mengingati kematian. Akibatnya, jika diingatkan tentang kematian, ia justeru tidak suka dan membencinya. Mereka itulah org2 yg ditegur dalam firman Allah Ta'ala yg bermaksud :

Katakanlah: "Sesungguhnya maut yang kamu lari darinya itu pasti akan mendapati kamu, lalu kamu semua akan dikembalikan kepada Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada kamu apa-apa yang telah kamu lakukan."
(Surah al-Jumu'ah : 8)

Aisyah r.a bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ada orang yg
akan dikumpulkan bersama para syuhada?"

Beliau bersabda, "Ya, ada. Iaitu org yang ingat mati
sebanyak dua puluh kali sehari semalam."

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman."
                                        (Hadis riwayat Ibnu Abu Bun-ya dan ath-Thabrani)

Ini kerana, dunia sememangnya merupakan penjara bagi orang yang beriman. Di dunia, ia selalu berada dalam kesulitan kerana ia harus mengalami kerasnya seksaan batin, melatih diri untuk manaklukkan keinginan2 nafsunya, dan melawab syaitan. Kematian akan membebaskannya dari seksaan tersebut. Jadi, baginya itu jelas merupakan hadiah yang sangat berharga.



AGAR HATI SELALU INGAT KEMATIAN :

Ketahuilah, sesungguhnya kematian itu sangat dasyat, menakutkan dan ancaman yg amat besar. Manusia lalai dari mengingati kematian kerana mereka jarang memikirkan dan mengingatinya. Bahkan org yg mengingati mati tapi dengan hati yang kosong atau tetap sibuk dengan kesenangan dunia pun, belum boleh disebut mengingatnya.

~ Kosongkan hati sehingga yg ingat hanyalah kematian yang berada di depan mata.

~ Mengingat teman2 yg telah meninggal dunia lebih dahulu. Ia ingat akan kematian mereka dan jasad mereka yg membusuk di dalam tanah. Ia ingat kembali bagaimana penampilan dan keadaan mereka ketika masih hidup. Ia merenung bagaimana sekarang tanah telah melenyapkan kecantikan mahupun ketampanan mereka.

~ Selalu menziarahi kubur dan menjenguk orang sakit.


Sumber : Buku Di Balik Tabir Kematian



SOALAN YANG PASTI :

Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ