tag:blogger.com,1999:blog-2647384036943228768.post8999017434794145367..comments2022-11-12T16:01:59.914+08:00Comments on ~ Akulah MHZ ~: Dakwah vs DakyahMegaHertz_Hafizhttp://www.blogger.com/profile/03553248140975458487noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-2647384036943228768.post-35849050275774206542022-11-12T16:01:59.914+08:002022-11-12T16:01:59.914+08:00AWALUDIN MA'RIFATULLAH
Kata Itjmak:
"Awa...AWALUDIN MA'RIFATULLAH

Kata Itjmak:
"Awal-awal Agama ialah mengenal Allah."
Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai Agama. Kemuliaan seseorang dalam beragama itu bergantung kepada sejauh mana dia kenal akan Tuhannya

Berkata Saydina Ali R.A. yang bermaksud:
"Mengenal Allah itu adalah permulaan agama; kerana tidak mungkin seorang hamba benar-benar mengerjakan ketaatan kepadaNya tanpa mengenali Zat, Sifat dan Perbuatannya".

وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Islam merupakan suatu cara hidup yang lurus, mengajar manusia supaya mengesakan Allah SWT dan meninggalkan semua bentuk sembahan selain Allah SWT.

اِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللّٰهِ الْاِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ اِلَّا مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًاۢ بَيْنَهُمْ ۗوَمَنْ يَّكْفُرْ بِاٰيٰتِ اللّٰهِ فَاِنَّ اللّٰهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ

Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat perhitungan-Nya.
Surah: Ali Imran, Ayat:19

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

ذَاقَ طَعْمَ الإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً

Maksudnya: "Telah merasakan lazatnya iman, orang yang redha bahawa Allah sebagai Rab, Islam sebagai Din, dan Muhammad sebagai Rasul."
(Riwayat Muslim)

Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗا

Pada hari ini telah Ku sempurnakan untukmu dinmu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam menjadi dinmu.
(Surah Al-Maidah:3)

يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ ٢٧ ٱرۡجِعِيٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةٗ مَّرۡضِيَّةٗ ٢٨ فَٱدۡخُلِي فِي عِبَٰدِي ٢٩ وَٱدۡخُلِي جَنَّتِي ٣٠

Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rab-mu dengan hati yang redha lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
(Surah Al-Fajr :27-30)

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. bersabda:

أسعدُ الناسِ بشفاعتي يومَ القيامةِ مَن قال : لا إلهَ إلا اللهُ، خالصًا من قِبَلِ نفسِه

Maksudnya: "Orang yang paling bahagia dengan syafaatku adalah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallaah dengan tulus ikhlas daripada lubuk hatinya."
(Riwayatal-Bukhari)

Kesimpulannya, Kenal Allah kita cuma baharu mendapat Agama. Untuk mendapat Islam, kita perlu mendapat keredzoan Allah S.W.T.

Wallahu A'llam

Arash Dean
Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2647384036943228768.post-23072681565404704312020-09-03T11:21:06.952+08:002020-09-03T11:21:06.952+08:00Salam sejahtera.
Bagi menjawab persoalan ini, s...Salam sejahtera.

Bagi menjawab persoalan ini, saya juga mempunyai dalil yang bernas dari sumber primer, yakni AL-Quran yang boleh ditunjukkan kepada tuan. Silahkan semak ayat berikut;

Al-Baqarah:177 - Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

Dalam ayat yang dinyatakan di atas bahawa Islam itu merangkum segala aspek, dan bahawa Islam itu aman, sejahtera, damai dan sentosa baik yang lahiriah mahupun yang rohaniah. Contohnya, umat Islam wajib melaksanakan haji (pertama kali) bagi yang berkemampuan yang merupakan salah satu daripada lima rukun Islam.

Semoga keterangan ini dapat memberi kefahaman kepada tuan walaupun sedikit.Sesiapa pun yang ingin mencari kebenaran (haq), pasti Allah akan memberinya jalan keluar lantas mengurniakan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2647384036943228768.post-16808251182243945662016-12-08T18:04:51.743+08:002016-12-08T18:04:51.743+08:00Salam sejahtera
Islam tidak perlu perantara. Seti...Salam sejahtera

Islam tidak perlu perantara. Setiap hamba berhubung terus dengan Allah tanpa sebarang perantaraan. Tidak perlu berhala mahupun manusia sebagai perantaraan.

Berkenaan ibadah haji, itu adalah rukun Islam yang kelima. Wajib ditunaikan bagi yang berkemampuan. Ketahuilah, kaabah di Mekah itu kiblat kedua umat Islam, kiblat pertama ialah BaitulMaqdis. Umat Islam menyembah Allah, bukan kaabah.

Berkenaan hajar aswad, Saidina Umar al-Khattab,sahabat Rasulullah ketika hendak mencium hajar aswad pernah berkata :
“Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Harap saya mampu memberi sedikit pencerahan. Maaf atas salah dan silap.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2647384036943228768.post-65800252539101765842016-08-17T20:41:20.659+08:002016-08-17T20:41:20.659+08:00Terima kasih diatas komen blas yang diberikan.
1...Terima kasih diatas komen blas yang diberikan.

1)Kerana islam hanya sembah yg maha Esa.
- Bukankah umat Yahudi juga menyembah Allah yang Esa?.. Menurut Alkitab, kepastian keselamatan surgawi hanyalah melalui Juruselamat-Nya iaitu dengan MENGENAL, PERCAYA DAN MENGIMANI Juruselamat-Nya. Dalam erti kata lain, kami mengenal apa yang kami sembah. Bukankah pepatah melayu mengatakan "tak kenal maka tak cinta".

Bebalik kepada jawapan saudara di atas,saudara menegaskan yang umat muslim 'hanya' menyembah Allah yang maha Esa. Boleh jelaskan tujuan umat muslim yang naik haji dan mencium batu hitam. Bukankah dengan berbuat sedemikian umat Islam telah menyekutukan Allahnya?.. mohon penjelasan, terima kasih dan salam sejahtera.

Mr.ReDhttps://www.blogger.com/profile/11517964115082407824noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2647384036943228768.post-78192766049917027382016-08-17T04:32:20.398+08:002016-08-17T04:32:20.398+08:00Kerana islam hanya sembah yg maha Esa.. cuba tuan ...Kerana islam hanya sembah yg maha Esa.. cuba tuan cari apa yg satu2 nya di dunia ini.. sy beri contoh. Dunia ini mempunyai 1. Akan tetapi dunia juga mempunyai planet lain... lebih lanjut tnya kpada ustaz lebih pandaiAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/01736743254096261464noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2647384036943228768.post-28511992723339529242015-12-15T09:28:02.985+08:002015-12-15T09:28:02.985+08:00Boleh saudara "fahamkan" kepadaku tentan...Boleh saudara "fahamkan" kepadaku tentang Islam pula?..aku adalah seorang kristian.Boleh jelaskan,mengapa perlu islam?Mr.ReDhttps://www.blogger.com/profile/11517964115082407824noreply@blogger.com