Saturday, 17 December 2011

Oley!! (Satu Penerangan Mengenai Hudud)


Assalamualaikum w.b.t.

Baru2 ni bukan main hangat lagi isu video pendek SEMBANG RAKYAT yang mencetuskan ketidakpuasan hati ramai pihak apabila hukum hudud dipersendakan....xtau la ape nak jadi gn dunia sekarang...hukum Allah, undang2 Allah yang 100% perfect!! dipertikaikan oleh hambaNya yang serba kekurangan...semoga Allah swt membuka pintu hati mereka, Ameen...

Agak terkejut gak mula2 tengok video tuu...panas telinga pun ada gak...hoho...tapi nak wat macam mana kan...tahan jer la...tak lama lpas tu, satu video susulan yang dikenali sebagai OLEY!! timbul...Alhamdulillah, dapatlah sedikit gambaran apakah sebenarnya hukum hudud ni...semoga kita sama2 dapat amik pengajaran daripada apa yang berlaku ini...janganlah kita meragui hukum2 Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui...dan janganlah kita menghina saudara2 kita tu kerana mungkin mereka tidak tahu...semoga Allah membuka pintu hati mereka....(^_^)


Jom layan OLEY!!



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Thursday, 24 November 2011

Kelebihan Kita Sebagai Umat Nabi Muhammad SAW


Pertama : kita sebagai Umat AKHIR zaman...
Allah s.w.t telah memilih kita sebagai umat akhir zaman dimana tiada umat lain yang akan dijadikan oleh ALLAH selepas kita. Walaupun begitu, pada hari akhirat di padang mahshar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman nabi Adam hinggalah ke zaman nabi Muhammad s.a.w mengikut saf2 dan ALLAH telah memilih umat nabi Muhammad s.a.w untuk berbaris di saf yang pertama walaupun umat nabi Adam yang merupakan umat pertama dijadikan oleh ALLAH s.w.t.. Ini menunjukkan betapa kasih dan sayang ALLAH kepada umat Nabi Muhammad s.a.w kerana tidak mahu umat nabi Muhammad s.a.w. berada terlalu lama di padang mahshar. Rakan2 cuba bayangkan berapa lama umat manusia perlu berada di padang Mahshar kerana beribu juta manusia dihisab seorang demi seorang oleh ALLAH s.w.t dan ALLAH s.w.t telah memilih Umat nabi Muhammad s.a.w untuk dihisab terlebih dahulu berada di baris hadapan...

Kedua : Pahala yang berlipat kali ganda
Kebaikan yang Umat nabi Muhammad s.a.w lakukan akan dibalas dengan berlipat kali ganda. 1 amalan dibalas dengan 10 kebajikan. MasyaALLAH.. begitu sayang ALLAH s.w.t kepada umat nabi Muhammad berbanding dengan umat2 yang terdahulu. Malahan, 1 kesalahan yang dilakukan akan dibalas dengan satu dosa yang setimpal. Sungguh kasih ALLAH s.w.t kepada kita iaitu umat Nabi Muhammad s.a.w.

Ketiga : Syafaat Nabi Muhammad s.a.w
Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu2 nya nabi yang dapat memberi syafaat atau pertolongan hanya kepada umatnya di akhir zaman kelak. Begitu beruntungnya kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. Umatw yang terdahulu tidak mempunyai pembela, penolong dan sebagainya tetapi Umat Nabi Muhammad s.a.w diberikan keistimewaan oleh ALLAH s.w.t untuk menerima syafaat oleh Nabi junujungan kita Muhammad s.a.w. Namun kini berapa ramai yang malu untuk mengaku sebagai seorang Islam. Berapa ramai yang malu untuk mengaku kita kasih dan sayang kepada Nabi junjungan kita nabi
Muhammad s.a.w.


Keempat : Penangguhan seksaan di dunia
Umat nabi muhammad s.a.w tidak akan diseksa atau di jatuhkan hukuman oleh ALLAH sehinggalah tiba hari akhirat kelak. Nabi Muhammad s.a.w telah memohon kepada ALLAH supaya memberikan peluang kepada Umatnya sehingga hari pembalasan untuk bertaubat kepada ALLAH terhadap kesalahan2 yang dilakukan.kita tinjau keadaan2 umat terdahulu yang dihapuskan oleh ALLAH s.w.t diatas muka bumi kerana kesalahan2 yang dilakukan namun bagi umat akhir zaman, peluang diberikan oleh ALLAH selagi mana nyawa tidak bercerai dengan jasad, umat nabi Muhammad s.a.w masih boleh memohon keampunan kepada ALLAH s.a.w. Begitu besar keistimewaan kita sebagai umat nabi Muhammad.

Kelima : Malam Lailatul Kadar
Umat nabi muhammad s.a.w merupakan satu2nya umat yang diberikan oleh ALLAH satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam lailatul kadar. SubhanALLAH. maha suci ALLAH yang maha pengasih dan penyayang kepada kita. Diberikan kita peluang2 yang sangat tidak ternilai harganya untuk kita kumpul untuk bekalan di akhirat kelak. Betapa beruntungnya kita digelar Umat nabi Muhammad s.a.w.


Jika kita lihat kisah berkaitan dengan Nabi yang digelar kalamULLAH... nabi yang boleh berkata2 dengan ALLAH s.w.t iaitu nabi Musa. Nabi musa bertanya kepada ALLAH s.w.t : “adakah akan wujud satu umat yang lebih baik dari umat ku ini Ya ALLAH?" ALLAH menjawab :"Ya", Nabi Musa berkata lagi : ”jika begitu Ya ALLAH, aku memohon kepadaMU untuk mejadi nabi bagi umat yang terbaik itu.” ALLAH menjawab : "AKU telah memilih nabi yang bakal menjadi ketua bagi umat ini". Nabi Musa berkata : "Kalau begitu Ya ALLAH, cukuplah bagi aku untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terbaik itu". ALLAH s.w.t menjawab : "AKU telah memilih siapakan yang akan menjadi umat terbaik ini."

SubhaNALLAH. Memang kita tidak meminta untuk menjadi umat akhir zaman namun ALLAH s.w.t telah MEMILIH kita untuk menjadi umat terbaik. Malahan permintaan nabi Musa ditolak oleh ALLAH s.w.t. kerana kita semua telah dipilih oleh ALLAH s.w.t.Sedarlah kita semua. Sedarlah. kita telah dipilih oleh ALLAH s.w.t untuk menjadi umat yang terbaik di sepanjang zaman. Segala puji2an Bagi ALLAH Tuhan Sekelian alam. SubhanALLAH3x...




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Wednesday, 23 November 2011

Dakwah di Israel

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah, kali ni aku nak kongsi satu karkuzari (laporan) yang menarik yang aku dapat dari satu blog sahabat kita. Kali ni mengenai usaha dakwah yang digerakkan ke Israel...insyaAllah sama2 kita amik iktibar...

- PETIKAN DARI BLOG SAHABAT KITA -
.....................................................................................................................................................

DAKWAH DI ISRAEL LAPORAN USAHA DAKWAH, JEMAAH DARI SINGAPORE KE ISRAEL
Dari kawan saya, seorang "karkun" ( dai'e dlm bhsa parsi )
jemaah malaysia tidak dapat di hantar ke israel

kerana malaysia tiada hubungan diplomatik dengan mereka ( israel )
Maka satu ketika dulu, jemaah dari singapore telah di hantar ke sana.

( kerana singapore ada hubungan diplomatik dengan israel )
bila jemaah tersebut telah sampai di imigresen negara israel,

jemaah telah di tahan di sempadan negara tersebut.
Yahudi2 itu telah temuramah mereka
ada antara mereka ialah seorang wanita
yang siap bwk laptop lagi
entah apa maklumat dlm tu, Allah saja yang tahu.
Mereka ( yahudi2 itu ) telah tnya, apa tujuan maksud jemaah masuk ke negara tersebut
Jemaah bgtau mereka, maksud jemaah dtg adalah utk usaha atas iman

juga utk usaha atas iman, para2 muslim yg ada duduk di israel.
Kemudian Yahudi tu tnya, apa modus operandi kamu?
wakil jemaah bgtau , kami usaha atas "6 perkara"

yakni "6 sifat sahabat r.a"
yang mana mcm mana ke enam2 sifat sahabat r.a ini dapat hadir dalam diri kita
dan dgn itu , kita akan mudah menuju kepada kesempurnaan agama.
yahudi tnya, apa ke enam2 sifat tersebut?
wakil jemaah bgtau
pertama , adalah usaha , bagaimana kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH
- kalimah toyyibah masuk dlm hati kita
maksudnya mcm mana kita boleh ada hakikat yakin (iman) yg sempurna pada Allah.
kedua kita usaha atas solat yg khusyuk dan khuduk
ketiga kami usaha atas ilmu dan zikir
keempat kami usaha atas Ikram muslimin ( tapi jemaah tersebut ckp ikram mun nas )
sbb nak jaga hati yahudi tu
tp yahudi tu membalas : "bull shit!!"
"ikram muslimin!" yahudi tu betulkan balik
jemaah jadi terkejut
mcm mana yahudi tu leh tau
maka yahudi tu telah bgtau
"semua pergerakan agama di dunia, kami yang ajar, pergerakan kamu, Nabi kamu yg ajar"
"kamu boleh masuk ( ke ngara tersebut ), tp tak boleh 4 bulan, 40hari sahaja"
jemaah bgtau, nape bnrkan kami masuk gak
yahudi tu bgtau lagi
"di belakang kamu ada Allah"
sebenarnya org yahudi pun paham
bhwa kekuatan org islam adalah dgn amal

amal2 yg betul , cara Nabi SAW
mereka tahu, kekuatan org islam adalah apabila

Allah bersama dgn org islam
jika Allah tidak bersama dgn org islam
maka org islam akan dpt dikalahkan
mcm mana Allah nak bersama dgn org islam?
bilamana setiap org islam, dia punya amal, sama macam amal cara Nabi SAW
"mengikuti stiap sunnah Baginda SAW, dari sekecil2 sunnah, hingga sebesar2 sunnah"
dalam sunnah ada kejayaan
luar dari sunnah , xde kejayaan
cara yahudi, cara nasrani, semua bwk kegagalan
xde kejayaan , xleh bg manfaat , dunia dan akhirat
xde pandangan rahmat Allah.
maka usaha org yahudi utk mengalahkan org islam hanya lah
dengan merosakkan amal umat islam
lekakan umat islam dengan hiburan
pecah belahkan mereka
hgga dlm bab agama pun mereka pecah2kan
so , agama yg benar adalah cara Nabi SAW sahaja
dan Nabi SAW serta kesemua para sahabat r.a


bagi masa, diri , dan harta mereka berjuang menegakkan kalimah Allah
hadis : "Orang yg paling kuat iman nya, adalah org yg keluar di jalan Allah, dan satu lelaki yg berada di satu lembah, dan dia menyelamatkan kaum nya di lembah itu, dari kebinasaan"
dlm 24jam,

kita kena bagi masa utk dunia : 8jam,

akhirat ( bantu agama Allah-korban diri & harta, dan beramal ibadat ) selamat 8 jam,

dan 8 jam lagi utk rehat ( tdo, bersama keluarga )
kalau kita cuma solat je, sehari semalam , blm cukup 8 jam, baru tak spi sejam ( 1 solat 10 minit, 5 kali solat = 50 minit )
Tuan2 kene beramal dan sampaikan
kita bukan umat abid


bukan mcm umat Nabi Musa a.s , yang hanya cukup dgn beribadah sahaja
tp kita umat dai'e, ( umat amal dan sampaikan )
utk itu , smua sdia Insya Allah

hadirlah ke masjid seri ptlg pada mlm mggu di sana

berdekatan stadium bukit jalil, kuala lumpur
kita boleh dengar bayan ( tazkirah )
juga tuan2 boleh muzakarah dengan ahli yg telah lama wat usaha
niat tuan bermuzakarah ialah utk tahu apa maksud usaha ni
tuan2 doa, minta Allah tunjukkan apa kah maksud usaha ini
mdh2an Allah beri petunjuk pada Tuan Insya Allah
Download Liputan Ijtima' Sedunia - Malaysia , Sepang 2009 , Insya Allah . laporan dr te\man kita di FB. satu org dari jemaah spore yg khuruj di israel pernah khuruj 3h di mohalla ana,lapuran dari ustadz sama dgn apa yg kami dengar darinya.,,cuma ada satu prkara yg kami dngar darinya..salah seorang dari yahudi itu berkata:''klu ada org islam hari ini sprti hadrat omar ra...baru kamu boleh kuasai dunia ini.....''

BULETIN UTAMA TV3 - IJTIMA' 2009
Mdh2an Allah beri taufik hidayah pada tuan Insya Allah
Amin... Fi Amanillah
Assalamualaikum
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
p/s : bila mana maulana kata smua bentuk usaha agama adalah betul, tetapi yang paling betul
adalah cara Nabi SAW sahaja.
juga yahudi tu bgtau, smua bntuk usaha agama di dunia, kami yang ajar

so tuan2 kene cek, adakah usaha tuan2 di ajar oleh yahudi2 itu
kerana sesungguhnya tiada ukhwah antara lelaki dan wanita
( tiada sebarang bentuk perhubungan - no offence )
Moga Allah SWT bagi hidayat pada tuan2 Insya Allah
..................................................................................................................................................



Sumber Asal : DI SINI
Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Thursday, 17 November 2011

Bayan dan Karguzari Jemaah Australia



Bayan maghrib berserta karguzari(laporan) disampaikan oleh jemaah Australia di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 4 Muharam 1429 bersamaan 13hb Januari 2008. Teks bayan ini bersumber atau ditulis oleh Azharjaafar.


Ringkasan bayan;
(selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi SAW dan membaca dua potong ayat al-Quran)


1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi muslim atau pun kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah menjadikan kita sebagai seorang muslim. Jadi, kita kena bersyukur atas nikmat ini.

2. Allah telah menghantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.

3. Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yang lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tidak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

4. Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seoarng raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.

5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.

6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudian baginda telah berdoa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu orang kafir. Maka Allah telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.

7. Pada kurun ke-18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta, maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.

8. Pada suatu masa, ada jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tidak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.

9. Laporan satu jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’
(*Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yang dengar bayan).

10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliau ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.

11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ini balik dan beri laporan kepada Hadraji (amir dakwah dan tabligh) bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tidak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang pembayan) telah bersedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.

12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telah dikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah, sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak-anak yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata, dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.

13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja, tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.

14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).


15. Tashkil (ajakan untuk khuruj fisabilillah di jalan Allah).

# Semasa tashkil, pembayan menambah: "Jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tidak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah tidak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmat-Nya."


Wallahu a'lam.



Original site di sini

Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Petikan Bayan Markaz Johor Bahru - 23/2/2010




Assalammualaikum...
Kelebihan wanita yg redha ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah maka isteri akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami..
Kelebihan isteri yang sama-sama keluar dgn suami khuruj di jalan Allah akan masuk syurga 1000 tahun lebih awal dari suami.
Ketika isteri melangkah masuk ke syurga..syurga menjadi gelap gelita. Datanglah bidadari bertanya "Siapakah engkau?"
"Akulah isteri kepada ...."
"Tahukah engkau tidak layak masuk ke syurga ini? Lihatlah keadaan diri engkau yg sudah tua..kerepot..hodoh...& kendur sana sini? Mana mungkin engkau layak di sini? Aku sahaja yg layak menjadi ketua bidadari" kata bidadari tersebut.
Sang isteri begitu sedih mendengar kata-kata sang bidadari yg amat jelita itu. Sesungguhnya Allah swt maha mendengar. Diturunkan 2 hujan. Hujan pertama menjadikan sang isteri cantik jelita. Lebih jelita dari bidadari tersebut. Hujan kedua pula menjadikan hati sang isteri bercahaya seperti NUR.
Bidadari terpegun & tidak mahu mengaku kalah.
"Engkau tetap tidak layak menjadi ketua bidadari di sini. Engkau Allah ciptakan dari tanah yg kotor & jijik. Sedang aku Allah ciptakan dari haruman kasturi. Aku lebih mulia dari engkau"
Sang isteri bersedih lagi. Namun Allah turunkan ilham kepadanya. Lalu berkatalah sang isteri..
"Benar. Memang Allah ciptakan aku dari tanah. Tapi aku punya perasaan sedangkan engkau tidak. Ketika suami aku keluar di jalan Allah..aku telan perasaan. Ketika aku bermujahadah sedang suamiku keluar di jalan Allah, aku telan perasaan. Aku bersabar dan tabah. Aku telan semua kepahitan dan susah payah ketika aku ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah. Dan aku redha serta ikhlas ketika suami aku keluar di jalan Allah".
Sang bidadari terdiam. Tewaslah dia dengan kata2 sang isteri tadi. Sang isteri mengambil alih tempat sang bidadari sebagai ketua bidadari. Begitulah kelebihan isteri para da'ie. Allah janjikan syurga yg serendah2nya sekecil dunia ini.
Insya-Allah.









Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Monday, 7 November 2011

HOT! MegaHertz@PC World

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni nak promote blog laa...sape rasa yang dia tu gamer dan peminat softwares, haa baik anda cuba jengok2 blog ni...pasti tersenyum punya...klu x senyum gak, something wrong la dia pnya perasaan kot...haha, gurau...Blog ni sabagai alternatif kepada penggemar PC games dan software untuk mendownload file kegemarannya secara PERCUMA dan FULL VERSION insyaAllah...haa, itu yang jadi HOT! tuu...x perlu nak cerita panjang2, tengok jer gambar2 ni...



Nak tahu lebih lanjut, klik DI SINI

Lepas download, jangan lupa follow...bgtau kawan2 anda yang laen, jangan tamak makan sorang2... (^_^)



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Tahniah Puteri PZ

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dapat gak update blog nie...cuti seminggu, bley la...klu x mmg xde masa nak jenguk blog...huu Ok la, ari tu aku cite pasal PZ masuk bertanding kan? Apa keputusannya??? Hmm...pertama sedih, sebab Putera PZ x dapat placing...kedua gembira, sebab Puteri PZ dapat placing...campur dua2, xtau rasa ape...haha...Biasa la adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah...tapi apa yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan...Alhamdulillah, harap2 niat kami nak sampaikan mesej dalam lagu tu sampai...da dengar lagu tu kan...blm? hmm, cari kat post sebelum ni kat bawah...

Inilah si Permata Za'ba yang aku maksudkan...yg kat tengah tu cikgu kami...(^_^)

Nak cerita pasal event yang kami masuk tu...Karnival BEST anjuran JAKIM yang diadakan kat Putrajaya... tapi agak menyedihkan apabila sambutan karnival tu macam x meriah jer...x mcam Jom Heboh plak...apa masalahnya ni...xtau la klu hari2 laen meriah cuma hari aku pegi jer kot yang x meriah...adakah kerana tempatnya terpencil seperti yang dinyatakan oleh sahabat sePZ ku? (haha, ayat ape ni) aku rasa klu Jom Heboh buat kat sini pun mesti penuh...atau kerana cuti Deepavali jadi sume orang xde seperti yang dinyatakan oleh ku? (ayat BM kelas A =p) xtau la, tapi memang x ramai yang datang...yang aku maksudkan, pagi time kitorang bertangding tu la...x ramai datang...

Selingan jap....BEST

Ok, sambung balik, cerita pasal pertandingan nasyid BEST plak...semua yang bertanding ada 14 kumpulan semuanya...4 kumpulan perempuan dan yang laen lelaki...dari UM ada 4 kumpulan kot klu x silap...dan 2 daripadanya dari Kolej Za'ba tercinta (tercinta ker...haha)...Juri pada hari tu bukan orang asing lagi, dia ni memang selalu jadi juri pertandingan nasyid...kenal Maher Zain? sape x kenal Maher Zain...mesti kenal kan? Haa...dialah yang bukan jadi juri hari tu...hoho...=p Ok, serius2...juri kami pada hari tu ialah kumpulan Mestica...x kenal? tengok bawah...klu yang dah kenal, pejam mata yer...

X kenal jugak? Ish, buat2 kenal laaa...huu

Juri da bagitau...hmm, ape lagi ek...haa, pasal peserta plak...peserta2 pun x kurang hebatnya...kumpulan Division pun join sekali...kenal kumpulan division? alaa, yang join Akademi Nasyid kat TV9 tuu...x kenal? lepas ni cuba la kenal2...banyak la pengalaman yang dapat...aku baru first time masuk pertandingan nasyid ni...yang dulu2 xyah cerita la, tu zaman kanak2 ribena lagi tu...sekarang laen...

Kami lah junior2 PZ...

Sebagai penutup post aku kali ni, aku sediakan video persembahan Johan, Naib Johan dan Ketiga pertandingan nasyid BEST...selamat menonton...Assalamualaikum.


Intracksee

Putra Ikhwan

Puteri Permata Za'ba



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Thursday, 20 October 2011

Cabaran pertama sebagai ahli PZ

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua...Alhamdulillah, mudah-mudahan semua sihat...kali ni aku nak cerita pasal PZ lagiiii..(^_^) Bagi yang belum tahu apa itu PZ, meh nak bagitahu....PZ tu stand for Permata Za'ba...kumpulan nasyid baru aku...aku la yang baru, kumpulan ni da lama da bertapak di kolej kediaman yang aku tinggal sekarang....KK7 UM...

Aku baru jer nak membiasakan diri dengan PZ ni, dah dapat tugasan....tepat jam 11:50 malam 18 Oktober, satu mesej urgent dari Kak Alya (pengurus PZ)...selang 2 minit lepas tu, dapat satu lg mesej yang sama...kali ni dari Abg Farid (penolong pengurus PZ)...aku da pelik, ape yang urgent sangat smpai malam2 pn mesej.... dia bagitau, esk malam ada urgent meeting PZ...NO EXCUSE!! tu yang x tahan....

Dipendekkan cerita, aku pegi la meeting tu (baru jer habis nie)....baru dapat tahu yang PZ akan masuk pertandingan nasyid anjuran JAKIM pada 29 Oktober ni....jd semua kena kerja keras la nampaknya....ni competition pertama aku bersama PZ....semoga PZ terus bersinar selamanya....(^_^)

Secara x langsung, meeting tadi bertukar menjadi latihan....mulai hari ni, tiap2 malam ad latihan....huuu...pandai2 la ko bahagikan masa....cuti deepavali kami menjadi mangsa....terkorban sudah cuti kami.....haha...aku, new member la katakan, x banyak cakap....angguk jer la...walaupun ada keje...TAPI, 25,26,27 hb xbley kacau yer....aku memang da azam nak khuruj 3 hari tu...jangan nak ganggu....semoga Allah terima azam aku ni setelah 2 minggu berturut2 aku "lari dari medan perang"...huhu...Ampunkan aku Ya Allah....

Ok, kembali kepada kisah PZ td....memandangkan ni competition pertama aku bersama PZ dan juga competition pertama aku setelah hampir 2 tahun x bernasyid, perasaan tu agak excited la...tapi perasaan nervous tu lagi banyak kot....huuu...nak dijadikan cerita, aku ditugaskan sebagai second voice utk PZ nie... second voice? Penat kot....da la x penah wat sebelum ni....nak kna backup first voice tuuuu....adui...tp xpe, aku cuba la yang terbaik....klu ter"ape2" kat atas stage nanti x tahu ekkk....haha

Pape pun, setelah 2 kali training bersama PZ, ak rase smakin selesa....insyaAllah lama2 nti ok kot.... kepada puteri2 PZ, sory la klu diriku ini lmbat nk msuk geng ngan korang....aku mmg cmni...huuu...utk pertandingan kali ni, cikgu putuskan utk PZ hantar 2 team....satu team lelaki dan satu team perempuan....semoga kedua2nya berjaya menyampaikan mesej masing2 (tu yang penting)...hadiah no 2....(^_^)...

Lagu yang akan team lelaki bawa ialah lagu Soalan Yang Pasti....first time aku dengar lagu ni, memang meremang bulu roma....bukan apa, mesej dy tu sangat2 la memberi kesedaran....berat nak bawa lagu ni... menceritakan pasal mati....nak tahu meremang x meremang, layan sendiri..(klu x meremang maybe something wrong la korang pnya bulu roma tuuu....hehe)

Ok, aku tinggalkan korang dengan klip video lagu yang akan kami bawa ke pertandingan nasyid nanti....doakan PZ berjaya...Jaga Iman, dan jaga Amal....Assalamualaikum...



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Monday, 17 October 2011

First training with PZ


Baru lepas training dengan rakan-rakan Permata Za'ba....
fuh.. -.-'

kena wat second voice plak...huuuu

actually it is not my part

I never sing as the 'second voice' before...

never mind...pengalaman baru nie...hehe

I'll try my best

FOR PZ
menyinar selamanya...




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Sunday, 16 October 2011

ILMU harus dibawa dalam medan dakwah



” ILMU yang kita pelajari harus dibawa dalam medan dakwah. Jika tidak, belum tentu ilmu yang kita pelajari akan menghindarkan kita dari kemusyrikan...jangankan kita, seorang nabi saja,Nabi Musa a.s. Belajar ilmu dengan Allah..belajar ilmu Tauhid, mata pelajaran yang paling tinggi..belajar di tempat yang suci (gunung Tursina). Yang belajar Seorang NABI, yang mengajar ALLAH, mata peljaaran TAUHID ’innani Annallah,Laa illa ha illa anna..” dan belajar di tempat yang suci. 

Tapi adakah dengan belajar dpat menjamin kemusyrikan akan keluar dari hati? Maka ujian pertama adakah TAUHID telah tertanam atau belum Allah tanya’” Apa di tangan kamu wahai Musa?”. Lalu dijawab ”Ini tongkat saya”..Bukan dijawab ”ini tongkat”..Terkesan dengan manafaat dari tongkat lalu dijawab ” saya gunakan untuk memukul dedaunan untuk dimakan oleh kambing saya, saya guna untuk mengembala kambing,saya guna untuk bersandar...DAN BANNYAKK MANAFAAT LAIN LAGI YA ALLAH...”. Lupa peljaran yang diajar bahawasanya ALLAH yg bagi MENAFAAT bukannya tongkat. 

Ujian Kedua, disuruh lempar tongkat yg diyakini banyak manafaat tadi, ternyata berubah menjadi ULAR yg besar Lalu Musa lari tanpa menoleh ke belakang..LUPA pelajaran TAUHID bahawa yg beri MUDARAT pun ALLAH bukannya ULAr..Lalu diperintahkan Allah untuk menangkap ular tadi dan ternyata berubah kembali mejadi tongkat.... 

Bagaimana untuk mematangkan ilmu (tauhid) yang dipelajari tadi untuk dapat IMAN/YAKIN yang sempurna, campakkan IMAN dalam medan dakwah. ”pergilah kepada firaun sesungguhnya dia telah melampaui batas”...namun masih ada ketakutan di hati Musa a.s lalu dia pun berdoa ”robbish rohli soderi waya sirrli amri wahlul uqdatan min li sani yafqahu na qauli...”dan dia berangkat. Sebelum berangkat teringat juga keadaan Isterinya di bawah gunung sana..seperti para daie’ sekarang ,’MAU MAKAN APA MEREKA KALAU BERANGKAT 4BULAN??” ,Lalu diperintah Allah untuk ketuk satu batu, terbelah ada batu di dalam,ketuk lagi ada betu,ketuk lagi ada batu,ketuk lagi kemudian ada seekor binatang kecil dimulutnya ada daun segar..siapa yang memsukkan daun yang segar di dalam 3 lapisan batu?..ALLAH...”JANGAN RISAU WAHAI MUSA, JANGANKAN ENGKAU BINATANG DALAM 3 LAPISAN BATU PUN ALLAH TIDAK LUPA APATAH LAGI ENGKAU SEORANG DAIE’, ADAKAH ALLAH AKAN MELUPAKAN ISTERIMU?.

Apabila berangkat firaun ketakutan dan mengarahkan tukang2 sihirnya dengan tali dan tongkat, apabila dilontar bertukar menjadi ular2 yang banyak. Kini Musa berhadapan dengan 160ribu ekor ular..tapi aneh..kalau dulu imannya belum diletakkan dalam medan dakwah, lari daripada satu ekor ular, kini tidak lari lagi walaupun berhadapan dengan 160ribu ekor ular..!! 

Kaum Bani Israil, belajar ILMU tauhid dengan Musa a.s selama 40 tahun, bukannya 1tahun atau 4 tahun. Mereka belajar dari seorang Nabi,bukannya ustaz atau kiyai, belajar ilmu tapi tidak letakkan dalam medan dakwah. Apabila lari bersama Musa dan di depan laut di belakang tentera mereka takut,”HABISLAH KITA WAHAI MUSA..!!!” . Lalu Musa yang IMANNYA telah diletakkan dalam medan dakwah dia bukannya kata,”JANGAN RISAU BERSAMAKU ADALAH TONGKATKU!!”.. TIDAK..tapi dikatakannya ,”ALLAH BERSAMA-SAMA DENGAN AKU..” dia telah berjaya untuk menafikan TONGKAT yang ada bersamanya dan keyakinannya berubah daripada yakin dengan tongkat yang bagi menafaat dan mudarat bertukar kepada HANYA ALLAH YANG BOLEH BAGI MENAFAAT DAN MUDARAT...

Wallahu a’lam..



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Monday, 10 October 2011

Permata Za'ba




Semoga terus menyinar bersama PERMATA ZA'BA

Tahun lepas peluang nak bersama CAHAYA GEMILANG aku lepaskan sebab kesuntukan masa...
Tahun nie dapat bersama dengan PZ...

Selamat Maju Jaya kepada PERMATA ZA'BA!!!


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Friday, 30 September 2011

Nak Bagitau Sikit...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...hari ni curi2 gak masa nak bukak blog...rasanya dah tersangat2 lama x update blog ni....terlalu sibuk dengan perkara2 dunia... Allah sibukkan aku dengan perkara2 dunia...mungkin sebab aku terlalu fikirkan dunia dan lupa akan akhirat... ampunkan hambamu yang lemah ini ya Allah...

Dah lama sangat x update blog, cerita2 pun dah basi...huuu...

Ok la...Alhamdulillah, sekali lagi Allah pilih aku untuk jadi student UM...setelah setahun aku bergelar pelajar PASUM, dan sekarang sudah bergelar mahasiswa UM...mengapa UM? Ini bukan pilihan aku...yup, memang aku yang letak UM sebagai first choice kat UPU, tapi ini adalah pilihan Allah...Allah yang hantar aku ke UM...mungkin ada hikmahnya...

Alhamdulillah....dapat lagi bersama2 dengan rakan2 seusaha yang laen...namun suasana kali ini sangat berbeza...dulu kolej 12 kini 7....mujahadah nak hidupkan 5 amal...mungkin inilah hikmahnya aku dihantar ke UM...Alhamdulillah, 5 amal sedikit demi sedikit mula hidup di kolej baru aku ni....semoga terus meningkat dan istiqamah....insyaAllah...(baru la rasa betapa pentingnya khuruj lama2...belajar bina suasana)...TQ Allah...

Electrical Engineering....hmm...x pernah terlintas dalam fikiran aku dulu yang aku akan amik kos ni...tp xpe, Dia lebih mengetahui yang mana terbaik untuk hambaNya....jangan risau akan peluang untuk bekerja, rezeki semuanya telah ditetapkan dan segalanya dari Allah...


Sekadar untuk berkongsi....Alhamdulillah, Allah mampu membuat apa saja...hanya Allah yang mampu memberi dan menarik HIDAYAH...


Sape x kenal dengan saudara kita ini....semoga beliau istiqamah...doakan untuk mereka2 selain untuk diri kita sendiri...



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Friday, 5 August 2011

Pengalaman Baru



Semenjak balik khuruj
Alhamdulillah semua bagai diatur kemas olehNya
Satu persatu...
Kerungsingan dulu, kini menjumpai jalannya
DULU...di mana jemaah?
SEKARANG...kenapa x bersama jemaah?
DULU...siapa yg nk pergi ziarah ni?
SEKARANG...jom pegi ziarah
Alhamdulillah...

Dibawa masuk mesyuarat halaqah
jauh beza...
orang2 lama punya fikir,
TINGGI!!!
Risau akan umat hari ini...
Banyak dapat belajar...
Alhamdulillah...


Jemaah syura akan masuk mahallah kami
Khuruj 3 hari tangguh
Blaja2 nusrah jemaah...
DULU...dinusrah
SEKARANG...kena nusrah
Alhamdulillah...


p/s : bagaimana puasa? kejap nyer dah 5 hari puasa...5 hari Ramadhan berlalu...semoga 5 hari itu dipenuhi amalan...padatkan lagi 25 hari...dan istiqamah untuk bulan2 seterusnya....



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Monday, 1 August 2011

Alhamdulillah : Aku Kembali

 Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, lagi dan lagi seharusnya kita memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat2 yang telah dikurniakan...huh, lama betol tak update blog ni...aku baru jer balik dari khuruj 40 hari ku...alhamdulillah, sangat2 bermanfaat dan banyak benda dapat belajar...yang paling penting, iman dan amal terjaga...sekarang da sampai kat rumah, suasana dunia kembali menyelubungi diri...huuu..dugaan besar ni...semoga iman dapat dipertahankan macam time keluar hari tu...

Cakap pasal khuruj, aku mula bertolak ke KL 8 jun yang lepas...pergi UM dulu sebab nak jumpa rakan seusaha (karkun)...memang berat hati nak bertolak malam tu sebab masa tu aku dan famili aku baru je balik dari umrah, macam biasa la buat makan2 sikit...sedara mara pun datang ziarah...tengah ramai2 tu, aku plak duk sibuk kemas barang...haha...tapi aku da tekad nak khuruj lepas balik umrah...jd, kena teruskan gak....

Sampai jer kat UM, ingatkan sempat rehat dulu sebab masa tafakut hari tu, tarikh aku mula khuruj ialah 12 Jun, jd sampai UM 9 Jun ingat nak rehat la dulu...tapi...tapi...hehe...sampai jer kat UM, Kolej 12...terus aku pergi kat tempat biasa (surau)...naik2, semua rakan seusaha ada...diorang nak khuruj 3 hari route Pantai Dalam...aku diminta untuk join sama...dengan keadaan xtau apa, baru jer sampai...terus dengar bayan hidayat dan keluar bersama jemaah...

Selepas tu, aku ngan kawan aku pergi ke markas utk mulakan khuruj 40 hari kami...pergi ke bilik istiqbal, tafakut dan bentuk jemaah...alhamdulillah, dapat jemaah yang OK...amir shab yang prihatin....dalam jemaah kami kiranya stabil la sebab semua jenis golongan ada....jemaah kami seramai 13 orang...3 orang pelajar madrasah dari Kelantan, 3 orang pelajar universiti (termasuk aku ngan kwn aku), 3 hafiz 30 juz al-quran, 2 orang ustaz (sorang tu orang alim besar dari Bogor, Indonesia), dan selebihnya orang awam...

Kami dihantar ke Negeri Sembilan...bermula di kawasan Kuala Pilah lebih kurang 20 hari dan lagi 20 hari di kawasan Beranang...fuh, memang dugaan sangat hebat masa keluar ni...mana x nyer, kena tahan nafsu...memang itu pun benda yang nak dilatih...ditakdirkan plak pelajar2 madrasah tu xleh makan ayam, jadi jemaah kami nampaknya 40 hari la x makan ayam...TEKAN NAFSU woo...tu baru nafsu makan...tapi alhamdulillah, semua ahli jemaah satu hati...setakat x makan ayam tu x kisah sangat la (tapi bila sekali dapat ayam, memang semua jadi pirana..laju jer makan...haha)...


Sepanjang 40 hari ni banyak la yang aku dapat belajar...bukan belajar fiqah ke apa ke ilmu2 masail yang laen...yang tu kena belajar dengan alim ulama la (memang kena belajar)...tapi masa keluar ni, kita dapat belajar sifat...ini yang sukar nak amalkan tapi bila keluar ni at least kita dapat belajar2 amal...ada ilmu banyak tapi x amal, itu sebab xde sifat...bila ada sifat, dengan sendiri terasa untuk mencari ilmu...betul x? ntah la korang rasa mcm mana tapi bagi diri aku macam tu la...bila buat usaha mulia ni, baru la rasa pentingnya menuntut ilmu agama...yang aku belajar sains selama ni bukanlah ilmu tapi kemahiran untuk dunia saja...akhirat xleh pakai da...huuu

Bak kata amir shab kitorang...kita keluar ni sebab nak sedarkan kita bahawa dalam hati kita ini belum lagi ada hakikat lailahaillallah...BELUM ADA!!!...bila kita sedar kita belum ada hakikat tu, barulah kita dapat baiki dengan cara usahakan Iman...masalah umat hari ini, mereka x sedar yang mereka belum ada hakikat lailahaillallah dalam hati mereka...siapa yang dapat jamin dalam diri dia sudah benar2 ada hakikat ini? Sila angkat tangan, nak bilang ni...hehe...kalau betul2 kita dah dapat hakikat ni, memang kita xkan bergantung harap kepada sesiapa lagi selain dari Allah sebagaimana para sahabat r.hum...sahabat dulu, bila xde makanan ape yang mereka buat? minta bantuan orang kaya? pergi cari kerja? tidak...mereka x buat begitu tapi mereka ambil wuduk dan solat 2 rakaat...x dapat, betulkan lagi solat mereka walaupun sudah cukup sempurna jika dibandingkan dengan kita, umat manusia hari ini.... (contoh kisah Saidina Ali seperti yang diceritakan oleh kawan kita ini...KLIK DI SINI..)

Apakah dengan berwirid panjang2 lepas solat, solat 5 waktu berjemaah sentiasa jaga itu sudah cukup...hakikatnya TIDAK...bila x buat usaha, x ajak manusia kepada Allah, x ajak manusia terutamanya jiran2 kita bila kita melalui rumahnya untuk ke masjid, xde fikir risau atas umat, mereka2 inilah yang bakal muflis di akhirat kelak....orang2 tadi akan tuntut hak2 mereka di akhirat kelak...x mustahil satu orang yang bawa pahala bergunung akhirnya habis dituntut semuanya...banyak lagi klu nak cerita pengalaman di sana...bila ada mujahadah, barulah Iman terbina...bila keluar, tengok masjid terbengkalai, orang2 x datang masjid tiap kali masuk waktu, ada yang maki hamun kita bila kita datang, ada yang bertempiaran lari bila nampak kita cuba nak dekat dengan mereka...hmm, baru la rasa betapa susahnya Nabi Muhammad SAW dulu nak sebarkan Islam...bila ada mujahadah, ada pengorbanan, baru la rasa sayang pada agama dan iman tu timbul...klu korang, antara laptop yang orang kasi dengan laptop yang korang beli sendiri dari hasil penat lelah korang kumpul duit dr kecik, mana satu yang korang lebih sayang? cuba fikir...

Masih ada lagi saudara2 kita yang masih jauh dari agama...ini tanggungjawab kita sebagai UMAT NABI MUHAMMAD SAW untuk sama2 ingat memperingati...ada yang mengaku yang dia boleh mintak dengan Allah untuk jadikan seseorang itu wali...ada anak kecil yang telah ditanamkan dalam pemikirannya bahawa orang yang pakai pakaian putih itu adalah iblis...jangan terkejut, ini berlaku dalam umat kita hari ini...ini antara sebahagian yang jemaah kami jumpa semasa khuruj...jadi ini semua salah sapa? Salah saya dan kita semua yang tahu perkara sebenar tapi x sebarkan kepada mereka yang x tahu....itu baru sesama umat Islam kita, belum lagi orang kafir yang belum tahu apa itu Islam...Allahuakbar...semoga Allah ampunkan dosa2 kita...

Rasanya x dapat la aku nak cerita semuanya...memang 40 hari tu amal dapat jaga sebab ada suasana...jadi misi sekarang bagaimana nak bina suasana yang sama kat rumah dan kawasan tempat tinggal sekarang...biar semua tempat jadi suasana agama, suasana masjid...

** Alhamdulillah, jika kita usaha dan doa pasti Allah akan bantu...siapa sangka, akhirnya Allah temukan aku dengan jemaah tempatan kat rumah aku...insyaAllah takaza terdekat kami akan khuruj untuk 3 hari pada 4 Ramadan ni...first time khuruj time bulan puasa ni...mujahadah

** Baru dapat berita dr kawan yang bersama aku khuruj 40 hari...Allah da hantar jemaah kat kawasan rumah dia semasa dia tengah khuruj hari tu...Alhamdulillah...ALLAH MAHA KUASA...


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan
SELAMAT BERPUASA
kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia...
semoga Ramadan kita kali ini bertambah baik




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Friday, 10 June 2011

Khuruj Fi Sabilillah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan segala nikmat yang dipinjamkan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, x habis2 nikmat yang Allah berikan buat diri yang hina ini. Baru jer diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah haram, sekarang diberi plak peluang untuk khuruj ke jalanNya....Alhamdulillah...

Tadi baru dapat tahu yang kawan yang akan bersama aku untuk khuruj nanti dah dalam perjalanan ke UM. Alhamdulillah, mungkin dah sampai da kot dia...aku akan bertolak malam ni...kami akan ke UM dulu memandangkan kami jemaah dari UM...jumpa karkun2 laen dulu...dah x sabar rasanya...

memang kena berkorban la siket...baru je balik dari umrah, sedara mara pun masih ramai lagi ni datang ziarah...orang datang, kita plak nak pergi...hmm, biasa la...klu ikutkan hati yang sukakan dunia ni, memang x puas nak enjoy ngan kawan2...tapi, Iman punya pasal, kena la korban itu semua...tambah2 plak sekarang musim bola kan? hehe...Final piala FA, Kelantan vs Terengganu....semua berpusu2 ke stadium...inilah ujian dunia...

Ok la, nak kemas2kan beg dulu...nanti x sempat plak...semoga perjalanan 40 hari ku diberkati...harap2 dapat tingkatkan Iman dan Amal...insyaAllah

Wassalam



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Thursday, 9 June 2011

Diari di Tanah Suci (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah, hari ni aku akan mulakan cerita perjalanan aku bersama keluarga sepanjang kami berada di tanah suci. Walaupun rasanya x sempat nak cerita sampai akhir, tapi xpe, klu x sempat insyaAllah aku akan sambung balik lepas aku balik nanti...


BERTOLAK DARI KELANTAN

Pada hari Rabu 25 Mei, lepas sume barang2 da sedia, tuan punya badan pun da sedia, kami bertolak ke lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa...hmm, biasa la klu nak ke mana2, tambah2 plak nak ke Mekah, klu x semua famili datang sama2 ke airport, paling kurang pun mesti tiga atau empat buah kereta gak yang mengikut...hehe...klu dulu aku hanya hantar jemaah ke airport tapi kali ni aku plak yang dihantar...

Keadaan di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa

Yang kecik pun ikut sama..hehe

Dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah...bermalam di sana sementara menunggu flight seterusnya sebab kami bertolak dari kelantan pun da malam...

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah


DARI KLIA KE DUBAI

Pada keesokan harinya, 26 Mei, kami bertolak ke Dubai dari KLIA. Kami transit di Dubai sebelum ke Jeddah. Flight kami dari KLIA pukul 10.30 pagi. Perjalanan ke Dubai mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Menunggu di KLIA

Makan dulu la...

Tiket flight

Dalam flight

Tiba di Dubai

Sampai di Dubai kena tunggu lagi...lebih kurang 2 jam menunggu, akhirnya gate dibuka...(^_^)


DARI DUBAI KE JEDDAH

Gate flight ke Jeddah

Setelah semuanya selesai, dan flight pun selamat berlepas, memang kerja aku duk asyik jenguk tingkap flight jer...hehe...maklumlah, aku ni jarang naik flight...bila dapat naik macam tu la jadinya...begitu hebatnya kejadian Allah...

Permandangan dari tingkap flight

Subhanallah...mula2 aku tengok permandangan ni, aku xde pikir laen da...dalam kepala aku ni ya Allah, sungguh hebatnya Engkau...banyak lagi yang aku sempat amik...hehe...orang laen sume lena, aku jer yang duk jengok2 tingkap sambil kamera di tangan...hehe...bagi yang biasa naik flight tu memang selalu la tengok permandangan ni tapi sejauh mana kita fikir tentang kebesaran Allah ini...kita sering bangga apabila lihat kapal besi yang dapat terapung diudara malah kini kapal besi ini semakin besar...tapi pernah x kita fikir betapa hebatnya Allah mencipta sesuatu yang amat2 besar terapung di udara tanpa sebarang enjin...Allahuakbar... sebab tu la aku memang tengok tingkap jer...tengok kejadian2 Allah...langsung x jemu...syukur sangat2 sebab Allah bagi peluang untuk aku lihat kehebatanNya ini...

Ketika nak mendarat di Jeddah

Setibanya di Jeddah, hati aku memang teruja...dapat jejak kaki di bumi Allah ini...keadaan memang sangat berbeza...seperti yang korang dapat tengok dalam gambar kat atas ni, xde pokok? hehe...keadaan yang panas, yang ada cuma pokok kurma dan laen2 yang sejenis dengannya...klu ada pokok2 bunga biasa pun, kena ada saliran air paip nak bekalkan air secukupnya...

Dari Jeddah, rombongan kami bertolak ke Madinah...hati aku memang cukup2 teruja nak pegi dan jejakkan kaki di bumi Madinah...namun, aku terpaksa menunggu lagi beberapa jam naik bas ke Madinah...sepanjang perjalanan ke Madinah, mata aku memang x dapat nak tutup...asyik tengok tingkap jer...klu tadi tingkap flight, sekarang tingkap bas plak jadi mangsa aku...hehe...maklumlah, orang pertama kali sampai di bumi Arab ni...

Setelah beberapa jam duk atas bas, dan mata pun da beberapa kali terlelap, akhirnya aku dikejutkan dengan pembesar suara dari dalam bas yang mengatakan kami telah tiba di Madinah...aku terus terjaga, terus selak langsir bas, jenguk tingkap...gelap jer...memang la, da malam...haha...aku sampai di Madinah tengah malam...da nak subuh da pun...apa yang aku dapat lihat dari luar tingkap, orang berpusu2 ke depan...aku dalam keadaan mamai lagi atas bas tu...x pasti diorang ramai2 ke mana...lepas turun bas, baru la tahu bahawa mereka semua berjalan ke Masjid Nabawi untuk solat subuh...aku tengok jam, eh awal lagi...(biasa kat tempat kita 15 minit nak masuk waktu baru nak pegi)...baru sampai, aku da dapat pengajaran berguna... Allahuakbar...

banyak lagi kisah2 menarik aku nak ceritakan, ni baru sampai Madinah...belum lagi cerita apa yang aku buat sepanjang 4 hari di Madinah dan 6 hari di Mekah...nak tahu kisah2 ni, tunggu part seterusnya selepas 22 Julai nanti...(^_^)

Aku nak mohon maaf sebab x dapat nak habiskan cerita aku ni...baru sampai balik semalam, then esok aku akan bertolak ke KL...seperti yang aku gtau sebelum2 ni, lepas balik umrah nak terus keluar berdakwah...janji mesti ditunaikan...insyaAllah, lepas 22 Julai ni aku sambung cerita aku ni...wassalam




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ