Wednesday, 18 April 2012

Saat Itu Hampir Pasti


.......
Walaupun ku tahu perpisahan itu pasti...

Dan hari demi hari,
Saat itu semakin menghampiri...
Syukur padaMu ya Allah,
kerana meminjamkan nikmat ini kepada ku
Aku langsung tidak boleh membantah
kerana telah menjadi ketetapan
Bahawa dunia ini sementara...

Walaupun nikmat ini sementara,
ia sungguh bermakna...
Tidak ada sesuatu yg dijadikan oleh Sang Pencipta
tanpa sebarang hikmah disebaliknya...

Bersyukurlah...
Dan gunakanlah masa yang ada...
ini kerana,
Dunia ini sementara...
Dan pastinya saat ini juga sementara...

Usah lalai, Usah alpa...
Carilah nikmat yg kekal selamanya...
yang boleh menemani mu hingga ke syurga...

percayalah,
bahawa ianya ada...
cari lah dengan sebaiknya...

bukalah mata mu..

carilah dan terus mencari...
setelah itu genggamlah ia...
kerana ia bisa dicuri kembali..
sehingga kamu dihanyuti masa...

Kemudian,
berusahalah atasnya...
Lagi dan lagi,
Sehingga kamu tiada lagi...


saat yang pasti dan pasti...




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Friday, 6 April 2012

Belasan Tahun Berlalu


Eh macam kenal.....sape yer?

haha... baru terjumpa gambar ni...klakar nyer...

Alhamdulillah...
Sedar x sedar, dah berbelas tahun masa berlalu...budak kat atas ni pun da besar...

Sape sangka, budak kecik tu da pndai buat blog skrang...
Sape sangka, budak kecik tu da masuk U da skrang...
Sape sangka, budak kecik tu da mula berdikari skrang...

Semuanya takdir dari Allah...
Bersyukurlah masih dapat merasai nikmat2 Allah ini...

Buat Abah & Mama,
Terima Kasih kerana bersusah payah membesarkan anakmu ini...
Tak dapat dibalas jasa mereka...
Anak ini akan berusaha mnjadi insan berguna
dan menjadi kebanggaan mereka
suatu hari nanti...
InsyaAllah...

Ni la budak kecik tadi...(^_^)


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Wednesday, 4 April 2012

Syukurku PadaMu


Alhamdulillah...

tiada kata yg bisa digambarkan
tatkala diri dibelengu kebingungan,
dia datang menawarkan kegembiraan...
hanya syukur yang mampu ku ucapkan
padaMu ya Allah

berakhirnya satu pertemuan
tidak bermakna ia kekal selamanya...
mungkin satu hari ia akan kembali,
dan itu yang sedang aku rasakan..

Aku masih ingat saat2 kita bersama
pelbagai onak dan cabaran yg kita tempuhi
lalu ia membuahkan kasih dan sayang di dalam hati
yg ku rasa amat sukar untuk diganti

Ya Allah
Kau berkatilah persaudaraan kami ini
agar ia tetap diingati
walaupun ku tahu perpisahan itu pasti

(^_^)




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ