Tuesday, 7 August 2012

Munajat - Rabbani




Nasyid pilihan kali ni bertajuk MUNAJAT dendangan kumpulan Rabbani...sebuah lagu yang sangat hebat dari segi melodi dan liriknya...tambahan pula apabila lagu ini dibawa dengan penuh penghayatan oleh Allahyarham Ustaz Asri...sememangnya insan ini dikurniakan suara yg amat merdu yang bisa menggetarkan jiwa2 yang mendengarnya...masyaAllah




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

iQuran Pro




                     Jadikan al-Quran sebagai teman kita sepanjang masa di mana jua...

               
                Maklumat Lanjut :

                    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.guidedways.iQuranPro&hl=en


                 








Kaspersky Mobile Security



                     Lindungi telefon anda dari jangkitan virus secara menyeluruh...

               
                Maklumat Lanjut :

                    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kms&hl=en


                 








Prayer Time PRO




                     Ayuh! segerakan solat kita sesungguhnya solat itu tiang agama...

               

                Maklumat Lanjut :

                  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.asim.prayertimehd&hl=en


                 








Monday, 6 August 2012

Puisi Buat Wanita Solehah




Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Perempuan


PEREMPUAN
..kelapa atau mutiara..

apabila kamu berkawan dgn lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang pertama...
kamu menjadi seperti kelapa..
mudah diperolehi, diparut...diperah..
dan ambil santannya..selepas itu hampasannya dibuang..

Yang kedua..
kamu menjadi sebutir mutiara..berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..bukan senang untuk dilihat..
apa lagi mendapatkannya..hanya orang yang bertuah
yang berusaha menyelami dasar lautan..dan memperolehinya..
harganya mahal sekali..dan ia akan tersimpan selamanya..

JADI..kamu pilihlah sama ada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara...

di sebalik santan..menjadi penyedap makanan..diperah segala
kenikmatan..dengan mudah jatuh menjadi titisan...
akhirnya habis kari dimakan..pulut panggang sisa habis ditelan...
dan santan tidak menjadi ingatan lagi..yg terasa lazat hanya kari dan pulut
panggang...orang tak kenang jasa santan..

mutiara..tertanam di dasar laut yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras...
menghadang..namun kiranya ditemui insan..akan menjadi permata hiasan...
terletak tinggi di cincin idaman..atau di leher nan jinjang...
atau di lengan menawan..makin lama mutiara tertanam...
makin tinggi nilainya...

OLEH ITU..TENTUKAN YG MANA SATU PILIHAN ANDA...

menjadi santan...mudah jadi perhatian..tapi hanya sebentar..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara..sukar ditemui..namun ia dihias indah berseri..
perawan..hilang ia..tangisan mengiringi berzaman...





Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ