Wednesday, 25 May 2011

Nak bertolak daa...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih meminjamkan nikmat2Nya kepada kita sehingga saat ini dan masih memberikan ruang masa untuk aku update blog walaupun da nak bertolak...hehe...hari ni aku dan keluarga akan bertolak ke airport untuk memulakan perjalanan selama lebih kurang 2 minggu di tanah suci...ini umrah pertamaku, perasaan? hanya Allah yang tahu...nak kata hepi, ye mmg hepi, tapi sayu pun ada....ntah la, perasaan bercampur baur....semoga hajat kami nak jadi tetamu Allah diterima...insyaAllah...



Barang2 da packing, segala persiapan dah dibuat, sekarang cuma tawakkal dan berserah saja kepada Allah...semoga segalanya berjalan lancar dan selamat...ok la, doakan kami selamat sampai dan selamat balik...x sempat nak tulis panjang2...wassalam...


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Friday, 20 May 2011

Hadiah dari Allah



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan diri ini untuk menikmati segala nikmat2 yang diberikan. Tanpa keizinan dari Allah, mustahil untuk kita lakukan apa jua perkara. Wajarlah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya.

Hari ini, hari yang cukup gembira bagi aku. Namun, dalam kegembiraan, haruslah kita berwaspada kerana mungkin hari esok hari sedih kita...mungkin hari ini, kegembiraan yang diberikan adalah merupakan satu ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana hambanya bersyukur terhadap nikmat2 yang diberikan.

Pagi tadi, aku ke sekolah lama aku, MRSM Pengkalan Chepa...biasa la, masa cuti ni la ada masa terluang sikit untuk ziarah cikgu2 yang telah banyak berjasa..sempat la borak2 jap, tanya khabar...kawan2 lama pun ramai datang...x rancang pun...tapi Allah da tulis yang aku hari ni, sekian2 waktu, akan jumpa sekian2 orang...hmm..xde istilah kebetulan...bahaya perkataan ni...hehe

Hari ni jugak result aku kluar...bukan main lama punya tunggu, akhirnya segala debaran hilang...Alhamdulillah, apa yang aku hajat selama ni, dimakbulkan...xde hadiah yang terbaik dari seorang anak kepada ibunya selain menjadi anak yang dapat menyenangkan hati kedua ibubapanya...dari segi akademik, ibubapa mana yang xnak tengok anaknya berjaya...akhirnya hajat aku nak hadiahkan kpd kedua orang tuaku 4 flat menjadi kenyataan...Alhamdulillah...segalanya datang dari Allah...berkat doa mereka...

Memang benarlah....Bila kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita...Semoga result ini akan menutup mulut2 mereka yang mengatakan bila kita buat kerja agama, kerja dakwah, study kita akan terganggu dan result kita akan merudum....malah bagi aku, bila kita buat usaha agama, usaha dakwah, kita akan rasa lebih dekat dengan Allah dan yakin bahawa yang boleh bagi segalanya hanyalah Allah...yang boleh bagi kita 4 flat hanyalah Allah...yang boleh bagi kita fail hanyalah Allah....yakin inilah yang kita mahu tanam dalam diri kita...Siapa sangka, berkat setiap hari doaku meminta supaya dipermudahkan urusan pembelajaran agar x menjadi fitnah terhadap usaha agama ini benar2 dimakbulkan...Allahuakbar...

Aku masih teruja sekarang...bukan teruja apa, teruja kerana Allah benar2 mengotakan janjinya....membuatkan aku ingin cepat kembali ke dalam suasana seperti dulu...dah hampir sebulan aku x jumpa suasana agama sebegitu....susah bila hidup sorang2 dengan berbekalkan Iman yang lemah...Sekarang, tiba masa untuk aku kotakan janjiku...Dulu aku berdoa agar diberikan result yang baik supaya tidak menjadi penghalang untuk aku teruskan usaha dakwah, kerja2 nabi...sekarang Allah dah makbulkan dan x mungkin aku akan mungkir janji...insyaAllah, semoga Allah permudahkan perjalanan 40 hari aku bulan Jun nanti setelah selesai umrah pertamaku...Semoga pengalamanku ini dapat kita ambil iktibar bersama...wassalam

"Yakinlah bahawa bila kita bantu agama Allah, pasti Allah akan bantu kita...insyaAllah"



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Tuesday, 17 May 2011

Panggilan dari Karkun

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala kurniaanNya kepada hamba yang lemah ini...hari ni dapat panggilan dari orang jauh....ingatkan sape, rupa2nya orang yang sedang berada di jalan Allah...huhu...sedih la aku tiap kali cerita pasal ni...bukan sedih ape, tapi kenangkan diri aku ni...teruk sangat la kat sini...diorang kat sana mesti bez, amal pun terjaga....hmm, sabar2...insyaAllah nti tiba masa aku plak...mula jer angkat phone tadi, terus "Assalamualaikum tuan, ape khabar Iman...?"...aku jawab "Alhamdulillah, cuma tergugat la sikit...".

Memang tergugat pun sekarang ni...adui...susah nak jaga Iman bila xde suasana...tp tu cuma alasan...semuanya atas kehendak kita sendiri sebenarnya...aku jer yang lemah, xnak usaha...xnak lawan... sempat la aku tanya diorang tadi, bez x kat sana....dengarkan jawapan tu, bukan maen seronok lagi...mana x nya, tinggal ramai2 dalam jemaah, makan sama2, solat sama2...mesti banyak yang diorang blaja...Iman pun mesti mantap lah...sedar x sedar, dah 3 minggu lebih diorang kat sana...sama ngan tempoh aku duk kat umah...diorang x blik umah lagi semenjak abis PASUM hari tu....inilah pengorbanan semata2 kerana Allah... orang laen abis final exam, terus balik rumah, bersuka ria ngan kawan2...diorang sanggup korban masa untuk Allah SWT...Allahuakbar...

Semoga baki2 hari yang tinggal lagi tu, dapat dimanfaatkan sepenuhnya...aku terpaksa berhenti kat sini dlu la...hari ni x sempat nak cerita penjang2, ada hal yang perlu diselesaikan...insyaAllah pnjang umur, aku akan post lagi....wassalam..




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Thursday, 12 May 2011

Sebahagian Perubahan 20 Tahun Membangun Bersama Islam (Perkembangan di Kelantan)


A]. PENDIDIKAN ISLAM - PENINGKATAN SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN
1. Bangunan dan pertambahan kelas - memberi peluang belajar lebih ramai
2. Maahad Tahfiz Al-Quran di Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah & Tumpat
3. Menambah bilangan guru terlatih (kursus KDC), tetap dan berelaun.
4. Ko-kurikulum berpandukan Kementerian Pendidikan (akademik)
5. Sukatan pendidikan (agama) dari Universiti Al-Azhar Mesir.
6. Mengembang Pusat Pengajian Pondok YIK dan mendapat kebenaran untuk melanjut pengajian di Universiti Al Azhar memasuki tahun dua.
7. Menambahkan peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan YIK, dari tahun ke tahun
8. Membuka kelas kemahiran dan sains - sains tulen, teknik, vokasional dan perdagangan.
9. Menubuh Kolej Islam Kelantan dengan nama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

B]. PERKEMBANGAN DAKWAH
1. Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat
2. Memperuntukkan RM 20 ribu untuk kursus mubaligh, imam dan guru pondok
3. Menambah bilangan guru-guru Al-Quran: 50 orang satu DUN
4. Memperkemaskan penglibatan dan hubungan Kerajaan Negeri dengan badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam.
5. Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
6. Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Unit Pembangunan Islam MPKB).
7. Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
8. Menggalakan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam
9. Kempen kesedaran menutup aurat
10. Menganjur hari kebesaran Islam dan menjemput orang bukan Islam hadir sama
11. Menganjur sambutan bulan Sembahyang.
12. Menganjur sambutan Hari Hudud.
13. Memasukkan program Ihya’ Ramadhan dalam kalendar pelancongan
14. Memasukkan acara seni dan budaya Islam dalam karnival kebudayaan Kelantan.
15. Menetapkan Dasar Islam dalam Dasar Kebudayaan Negeri 1998
16. Memperincinkan prinsip keIslaman di dalam Dasar Kawalan Hiburan Negeri 1998 dan mengutamakan nilai-nilai Islam di dalam peraturan kawalan hiburan 1999.
17. Merekacipta seni rehal sebagai mercu tanda Kota Bharu berprinsipkan simbolik al-Quran sebagai perlembagaan hidup umat Islam/rakyat Kelantan.

C]. MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM.
1. Pengharaman judi dikuatkuasa pada 1hb. Januari 1992.
2. Menutup kelab-kelab malam dan pusat hiburan.
3. Menghapus kegiatan pelacuran.
4. Menggalakkan dan menguatkuasa etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.
5. Pengawalan kedai gunting - wanita untuk wanita, lelaki untuk lelaki
6. Menyusun penjualan arak mulai 1hb. Julai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel-hotel, restoran-restoran ataupun kedai-kedai makan. Orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka ataupun tempat-tempat yang bukan tempat awam.
7. Pengasingan Kaunter bayaran untuk lelaki dan wanita di semua pusat membeli belah.
8. Membanyakkan papan tanda berunsur dakwah, berpandukan ayat al-Quran dan doa.
9. Melarang papan tanda (iklan) yang memperagakan wanita dan yang bercanggah dengan Islam.
10. Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)
11. Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berteraskan prinsip Islam 1998.
12. Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri.1998 yang mengutamakan nilai-nilai keIslaman.
13. Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri 1998 yang berprinsipkan Islam

D]. PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
1. Mengasingkan akaun halal dan haram
2. Memindahkan simpanan tetap dari bank riba ke Bank Islam/Bank Muamalat.
3. Dasar Tender Terbuka dalam pembalakan.
4. Menubuhkan Tabung Serambi Mekah.
5. Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn) mulai 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai riba ditukar kepada sistem Islam mulai tahun 1993.(sehingga kini sebanyak 25 cawangan Ar-Rahn dibuka seluruh negara)
6. Pinjaman secara Islam kepada kakitangan kerajaan. (kenderaan & komputer)

Dipetik dari Mohd Roslan Mohd Zain



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Wednesday, 11 May 2011

"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" -Sultan Kelantan


Sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.


Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra. Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV.Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah“Alhamdulillah...”

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soalkekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnyaserta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

Ulasan GB

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya....

Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku.

Ulasan MHZ

Saya bangga jadi rakyat Kelantan...(^_^)




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Tutorial meningkatkan kadar Iman


1. Pelajarilah berbagai ilmu agama Islam yang bersumber pada Al-Qur’an dan Hadits


a. Perbanyaklah membaca Al-Qur’an dan renungkan maknanya
Ayat-ayat Al-Qur’an memiliki target yang luas dan spesifik sesuai kebutuhan masing-masing orang yang sedang mencari atau memuliakan Tuhannya. Sebagian ayat Al-Qur’an mampu menggetarkan kulit seseorang yang sedang mencari kemuliaan Allah, dilain pihak Al-Qur’an mampu membuat menangis seorang pendosa, atau membuat tenang seorang pencari ketenangan.

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran.”(QS, Shaad 38:29)

”Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang lalim selain kerugian.” (QS, al-Israa’ 17:82)



b. Pelajarilah ilmu mengenai Asma’ul Husna, Sifat-sifat Yang Maha Agung.
Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui, maka ia akan menahan lidahnya, anggota tubuhnya dan gerakan hatinya dari apapun yang tidak disukai Allah.

Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Indah, Maha Agung dan Maha Perkasa, maka semakin besarlah keinginannya untuk bertemu Allah di hari akhirat sehingga iapun secara cermat memenuhi berbagai persyaratan yang diminta Allah untuk bisa bertemu dengan-Nya (yaitu dengan memperbanyak amal ibadah).

Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Santun, Maha Halus dan Maha Penyabar, maka iapun merasa malu ketika ia marah, dan hidupnya merasa tenang karena tahu bahwa ia dijaga oleh Tuhannya secara lembut dan sabar.



c. Pelajari dengan cermat sejarah (Siroh) kehidupan Rasulullah SAW.
Dengan memahami perilaku, keagungan dan perjuangan Rasulullah, akan menumbuhkan rasa cinta kita terhadapnya, kemudian berkembang menjadi keinginan untuk mencontoh semua perilaku beliau dan mematuhi pesan-pesan beliau selaku utusan Allah.

Seorang sahabat r.a. mendatangi Rasulullah saw dan bertanya, “Wahai Rasul Allah, kapan tibanya hari akhirat?”. Rasulullah saw balik bertanya : “Apakah yang telah engkau persiapkan untuk menghadapi hari akhirat?”. Si sahabat menjawab , “Wahai Rasulullah, aku telah sholat, puasa dan bersedekah selama ini, tetap saja rasanya semua itu belum cukup. Namun didalam hati, aku sangat mencintai dirimu, ya Rasulullah”. Rasulullah saw menjawab, “Insya Allah, di akhirat kelak engkau akan bersama orang yang engkau cintai”. (HR Muslim) Inilah hadits yang sangat disukai para sahabat Rasulullah SAW. Jelaslah bahwa mencintai Rasulullah adalah salah satu jalan menuju surga, dan membaca riwayat hidupnya (siroh) adalah cara terpenting untuk lebih mudah memahami dan mencintai Rasulullah SAW.



d. Mempelajari Jasa-jasa dan Kualitas Agama Islam
Perenungan terhadap syariat Islam, hukum-hukumnya, akhlak yang diajarkannya, perintah dan larangannya, akan menimbulkan kekaguman terhadap kesempurnaan ajaran agama Islam ini. Tidak ada agama lain yang memiliki aturan dan etiket yang sedemikian rincinya seperti Islam, dimana untuk makan dan ke WC pun ada adabnya, untuk aspek hukum dan ekonomi ada aturannya, bahkan untuk berhubungan suami -istripun ada aturannya.



e. Mempelajari Kehidupan Orang-orang Sholeh (generasi Shalafus Sholihin, para sahabat Rasulullah SAW, murid-murid para sahabat, tabi’in dan tabi’it tabi’in)
Mereka adalah generasi-generasi terbaik dari Islam. Mereka adalah orang-orang yang kadar keimanannya diibaratkan sebesar gunung Uhud sementara manusia zaman kini diibaratkan kadar keimananya tak lebih dari sebutir debu dari gunung Uhud. Umar r.a. pernah memuntahkan makanan yang sudah masuk ke perutnya ketika tahu bahwa makanan yang diberikan padanya kurang halal sumbernya. Sejarah lain menceritakan tentang lumrahnya seorang tabi’in meng-khatamkan Qur’an dalam satu kali sholatnya. Atau cerita tentang seorang sholeh yang lebih dari 40 tahun hidupnya berturut-turut tidak pernah sholat wajib sendiri kecuali berjamaah di mesjid. Atau seorang sholeh yang menangis karena lupa mengucap doa ketika masuk mesjid. Inilah cerita-cerita teladan yang mampu menggetarkan hati seorang yang sedang meningkatkan keimanannnya.




2. Renungkanlah tanda-tanda kebesaran Allah yang ada di alam (ma’rifatullah)

Singkirkan dulu kesombongan akal kita, renungkan secara tulus bagaimana alam ini diciptakan. Sungguh pasti ada kekuatan luar biasa yang mampu menciptakan alam yang sempurna ini, sebuah struktur dan sistem kehidupan yang rapi, mulai dari tata surya, galaksi hingga struktur pohon dan sel-sel atom.

Renungkan pula rahasia dan mukjizat Qur’an. Salah satu keajaiban Al Qur’an adalah struktur matematis Al Qur’an. Walau wahyu Allah diturunkan bertahap namun ketika seluruh wahyu lengkap maka ditemukan bahwa kata tunggal “hari” disebut sebanyak 365 kali, sebanyak jumlah hari pada satu tahun syamsiyyah (masehi). Kata jamak hari disebut sebanyak 30 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu bulan. Sedang kata Syahrun (bulan) dalam Al Quran disebut sebanyak 12 kali sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun. Kata Saa’ah (jam) disebutkan sebanyak 24 kali sama dengan jumlah jam sehari semalam. Dan semua kata-kata itu tersebar di 114 surat dan 6666 ayat dan ratusan ribu kata yang tersusun indah. Dan masih banyak lagi keajaiban dan mukjizat Al Quran dari sisi pandang lainnya yang membuktikan bahwa itu bukan karya manusia. Masih banyak pula mukjizat lainnya di alam ini yang membuktikan bahwa alam ini memiliki struktur yang sangat sempurna dan tidak mungkin tercipta dengan sendirinya. Adalah lumrah, bahwa sesuatu yang tidak mungkin diciptakan manusia, pastilah diciptakan sesuatu yang Maha Kuasa, Maha Besar. Inilah yang menambah kecilnya diri kita dan menambah kekaguman dan cinta serta iman kita kepada Sang Pencipta alam semesta ini.




3. Berusaha keras melakukan amal perbuatan yang baik secara ikhlas

Amal perbuatan perlu digerakkan. Dimulai dari hati, kemudian terungkap melalui lidah kita dan kemudian anggota tubuh kita. Selain ikhlas, diperlukan usaha dan keseriusan untuk melakukan amalan-amalan ini.

a. Amalan Hati
Dilakukan melalui pembersihan hati kita dari sifat-sifat buruk, selalu menjaga kesucian hati. Ciptakan sifat-sifat sabar dan tawakal, penuh takut dan harap akan Allah. Jauhi sifat tamak, kikir, prasangka buruk dan sebagainya.

b. Amalan Lidah
Perbanyak membaca Al-Qur’an, zikir, bertasbih, tahlil, takbir, istighfar, mengirim salam dan sholawat kepada Rasulullah dan mengajak orang lain kepada kebaikan, melarang kemungkaran.

c. Amalan Anggota Tubuh
Dilakukan melalui kepatuhan dalam sholat, pengorbanan untuk bersedekah, perjuangan untuk berhaji hingga disiplin untuk sholat berjamaah di mesjid (khususnya bagi pria).




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Monday, 9 May 2011

Dakwah vs Dakyah




Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
(ali-imran:110)



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT akan nikmat2 yang telah diberikan selama ini. Satu lagi topik menarik yang ingin aku kongsi hari ini ialah dakwah dan dakyah. Ape benda tu? Mungkin perkataan dakwah semua dah tahu tapi dakyah tu apa plak? Bagi yang blm tahu apa itu dakyah, Alhamdulillah kerana hari ini korang akan dapat pengetahuan baru...InsyaAllah, jap lg korang akan tahu apa itu dakyah...

Baiklah, seperti yang kita sedia maklum, DAKWAH ialah seruan orang Islam untuk mengajak manusia lain mengabdikan diri kepada Allah...manakala DAKYAH  ialah gerakan seruan orang kristian untuk menyesatkan umat Islam...

Tujuan aku tulis pasal benda ni xde sebab laen selain nak ingatkan diri sendiri serta semua sahabat2 dan saudara2 seagamaku sekalian...Hari ni, xtau sama ada kita sedar, buat2 x sedar atau betul2 x sedar bahawa gerakan dakyah ini semakin hari semakin berjaya...dalam Malaysia ni lebih kurang 60% Islam, 20%-30% budha+hindu+lain2, dan 10% kristian. Kalau main futsal, ibarat 6 vs 4...kalau bertembung dengan kristian, 6 vs 1...atas kertas memang kena lenyek la... tapi kalau yang 6 tu duk menganga jer, lawan yang 1 orang pun bley score gol...itu lah persoalannya...kalau yang 6 tadi betul2 defend & attack, agak2 yang 4 tu terdaya x nak lawan?

Malangnya umat Islam hari ini terutamanya kat Malaysia kita ni, situasinya sma cam tadi...masih ramai yang ternganga xde wat pape...pada masa yang sama pihak lawan plak terus menyerang...dan baru2 ni negara kita digemparkan dengan laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Silap haribulan mereka2 ini berjaya score gol...baru betul2 ternganga kita...bila timbulnya isu sebegini, semua orang maki dan salahkan golongan2 yang berdakyah ini. Sememangnya perkara ini (dakwaan utk jadikan kristian agama rasmi) tidak wajar kerana sudah jelas dalam perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi, kita (orang Islam) tidak perlu nak salahkan mereka...kerana apa? Kerana kita sendiri yang silap...kita sendiri yang xnak tegakkan agama Islam...

Sebab itulah, jom kita sama2 muhasabah diri kita balik...jom berdakwah bagi menyekat gerakan dakyah...usaha ini sangat2 penting...tanpa dakwah, Islam tidak akan tersebar... sedangkan hari ini, gerakan dakyah dimana-mana sahaja...dalam tv, hiburan, pakaian semua ada unsur2 dakyah...klu kita x buat dakwah, x usahakan Iman, kita akan mudah terpengaruh dengan usaha2 dakyah yang hari ini kita bley tengok sendiri gerakan ini sudah berjaya menguasai anak2 muda kita...berapa ramai yang sudah murtad? Ini yang kita perlu risaukan...umat kita!

Aku teringat satu cerita dari kawan aku...dia dari Sarawak...dia kata, kat sini (semenanjung) susah nak tengok gerakan2 dakyah...maknanya jarang jumpa gerakan secara terang-terangan...tapi kat Sarawak, mereka2 ini buat usaha dakyah terang-terangan jer...klu nampak orang yang pakai kemas bawa basikal, haa yer la tu...xtau la sejauh mana kebenaran kisah ini...tapi klu betul, maknanya gerakan dakyah ini boleh dikatakan setiap masa sahaja ada...bagaimana pula dengan gerakan dakwah? dan yang ada sekarang ini, adakah sama sebagaimana yang ditunjuk oleh Baginda Rasulullah SAW? itu yang harus difikirkan...itu yang perlu dirisaukan... sebab, jaminan Allah terhadap kejayaan hanyalah pada apa yang ditunjukkan oleh Baginda SAW.

Ada satu karguzari (laporan) dari jemaah dakwah yang telah dihantar ke Afrika. Karguzari ni aku dapat masa bayan (satu majlis ilmu) kat markas. Jemaah ni pada mulanya buat usaha kat kawasan bandar...kemudian ada penduduk tempatan yang maklumkan kepada jemaah bahawa ada sekelompok manusia di kawasan pedalaman yang x beragama...jadi, jemaah ini telah pergi ke kawasan tersebut dengan bantuan seorang rahaba (penunjuk jalan). Diringkaskan, setelah jemaah sampai ke kawasan tersebut, jemaah telah mengajar mereka tentang Islam dan ajar mereka solat dan sebagainya...Alhamdulillah, penduduk kawasan tersebut telah memeluk agama Islam...Setelah beberapa ketika, satu lagi jemaah telah dibentuk dan dihantar ke kawasan pedalaman tadi untuk lihat perkembangan...setelah jemaah sampai, kelihatan sebuah masjid telah dibina...maknanya Islam semakin berkembang...Kemudian, selang beberapa ketika yang laen, jemaah ketiga dihantar ke kawasan yang sama sekali lagi...namun kali ini, keadaan di sana sudah berubah...di hadapan masjid sudah terbinanya sebuah gereja...maka jemaah meminta untuk dikumpulkan semua penduduk, namun yang datang hanya beberapa orang sahaja...ditanyakan apa yang sudah terjadi, penduduk tempatan tadi berkata, kamu telah terlewat sedikit...ada seorang kristian telah datang dan ramai penduduk di kawasan ini telah memeluk agama kristian....Allahuakbar

Begitulah, bila Islam diamalkan tapi dakwah dihentikan...syaitan ini setiap masa akan goda Iman kita...bagaimana kita tengok kisah pada zaman Rasulullah SAW dulu, setelah sahaja Baginda SAW wafat, gerakan dakwah terhenti seketika...dan dalam masa yang singkat itu, munculnya golongan nabi palsu, golongan murtad...sehinggalah Saidina Abu Bakar r.a. kembali menggerakkan gerakan dakwah dan memerangi golongan2 tadi...

Oleh itu, ayuh sahabat2, kita lajukan langkah kita, jangan berlengah lagi, kerana gerakan DAKYAH di Malaysia pada hari ini lebih pantas dari gerakan DAKWAH...dalam usaha dakwah ini, semua kena terlibat..bukan ustaz2 sahaja yang perlu buat...sesiapa yang mengaku dia umat Baginda Rasulullah SAW, dia perlu buat...klu tidak, tidaklah kita ini digelar sebaik2 umat seperti terjemahan ayat al-Quran di atas...tanya diri sendiri, berapa kali kita ada sebut atau ajak kengkawan non-muslim untuk paham tentang Islam, kalau pun tak mampu nak ajak dia masuk Islam, bagi dia paham jer pun x mengapa...hidayah semua dari Allah...

Rasanya cukup dulu la kot....panjang2 sangat nanti xde orang nak baca plak...hehe..semoga apa yang aku kongsi kali ni sedikit sebanyak memberi manfaat dan membakar semangat perjuangan korang sume sebagai muslim sejati...wassalam


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Sunday, 8 May 2011

Analisa



lagu ni bagi aku cukup unik...ada unsur sindiran sikit...yang penting, lirik ada makna...daripada duk dengar lagu2 yang xde makna tu, baik dengar lagu ni...sama2 analisa diri kita...


LIRIK KAT SINI


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Saturday, 7 May 2011

Bina badan VS bina Iman

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua...moga2 semua dalam keadaan sihat...kepada yang kurang sihat, janganlah bersedih... teruskan berdoa dan yakinlah bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku....hari ni kita sihat, esok mungkin x...hari ni kita sakit, esok mungkin x...begitulah kehidupan kita sebagai manusia, xde yang sempurna...setakat batuk demam tu biasa la...bila kurang sihat sikit baru la nak sebut Allah...hmm, mungkin tu la hikmahnya...

Ok, kita teruskan dengan topik kita la ek...topik kali ni cam ganas semacam jer...haha...aku pun xtau nak letak tajuk ape...x kisah la, janji isinya ada...sebelum tu nak tanya la, korang suka x bina badan...aku x rasa ada perempuan yang suka...ada ke? Wallahualam...klu lelaki aku rasa mostly suka bina badan ni...tapi xde la sampai ketul2 melampau sangat...haha...lumrah hidup, yang seiring dengan nafsu yang sentiasa ingin kelihatan hebat dari kaca mata dunia...aku pun x tahu ape kelebihan bila berbadan sasa...nampak tegap je la kot...nak kata supaya orang x berani kacau, aku rasa sama jer...bila dah terdesak, mereka2 ni hentam je sape2 pun x kira kecik besar....betul x? Abis tu ape faedahnya bermati-matian hari2 pergi ke gym...x bley makan itu x bley makan ini...seksanya hidup...tapi, stakat nak sikit2 sambil2 kluar peluh tu ok la...semua tu x salah pun...aku x kata xbley buat...Islam x larang pun nak bina badan selagi x melanggar syariat islam...

Walaubagaimanapun, jangan la sampai akhirat tergadai....klu sampai pergi ke gym x balik2, sampai solat pun berterabur, terlalu penat sehingga jadikannya alasan untuk tidak bangun tahajud....itu dah x kena....klu nak jugak, jangan la sampai gadai perkara yang lebih penting....perumpamaannya macam buat solat sunat bukan main banyak...xde solat sunat yang x buat, tapi solat 5 waktu tinggal...tu x kena...

Bagi aku, lebih baik kita bina Iman...dengan Iman, kita mampu berdiri teguh tanpa sebarang gangguan... syaitan pun x berani nak ganggu apatah lagi manusia...hebat x? Dengan Iman kita mampu menolak segala rasuah...hebat x Iman? dan dengan Iman, kita mampu menolak selimut lembut kita setiap kali waktu subuh yang mana seorang yang berbadan sasa pun belum tentu dapat menolaknya....lihat, betapa hebatnya IMAN... Iman yang mantap seolah-olah seperti aura yang menjadi perisai hidup kita...kita pun bley jadi cam superhero tau...ada kuasa..haha...xde yang mustahil...bantuan ghaib Allah hanya akan tiba kepada orang2 yang benar2 beriman...orang kita hari ni bila bantuan ghaib Allah x tiba, mereka mula la cari kuasa2 laen yang khurafat dan syirik...masyaAllah...tanpa mereka sedari bahawa mereka sendiri yang menyebabkan bantuan Allah x kunjung tiba...sebab tu la penting kita hari2 mahu usaha Iman kita...

jangan baca laju2 sangat....tengok kartun comel ni jap....hehe
Ok sambung balik....(^_^)


Iman manusia seperti yoyo, ada kala naik dan ada kalanya turun...tidak seperti Iman para malaikat, sentiasa maintain....tapi, apabila manusia itu usahakan Iman mereka, berjaya menekan nafsu mereka....ketahuilah, bahawa manusia tersebut lebih mulia daripada malaikat kerana malaikat tidak mempunyai nafsu...sebaliknya, apabila manusia x usahakan Iman mereka, tidak berjaya menahan nafsu mereka....ketahuilah, bahawa manusia tersebut lebih hina daripada binatang kerana manusia dikurniakan akal manakala tidak bagi binatang...lihat, betapa manusia ini, dengan sedikit perbuatan sahaja boleh membezakan darjat seperti langit dan bumi...

Ada yang kata, dulu bantuan ghaib Allah tiba kerana Rasulullah SAW seorang Nabi...sekarang da xde Nabi... Bukan itu alasannya kenapa bantuan ghaib Allah x sampai pada umat hari ini....klu kita baca kisah para sahabat r.hum dulu, bantuan ghaib Allah tetap bersama mereka walaupun ketika itu Baginda Rasulullah SAW sudah wafat...bagaimana para sahabat mendapat bantuan ghaib Allah sedangkan mereka juga manusia biasa seperti kita? Jawapannya kerana IMAN...perbezaan Iman para sahabat dengan Iman umat hari ini sangat2 ketara...Iman para sahabat cukup2 mantap...bagaimana Rasulullah SAW tarbiah Iman mereka selama 13 tahun....Jadi, x mustahil bantuan yang sama seperti yang diterima oleh para sahabat dulu akan tiba pada kita...dengan syarat, IMAN mestilah mantap...kalaulah Iman ni ada meter, agak2nya xtau la meter tu naik ke x (aku la)...Allahuakbar...

Oleh itu, Ayuh...sedarlah dari tidur...seharusnya kita fikir risau dengan keadaan Iman kita...Iman kawan2 kita...Iman adik beradik kita...dan Iman seluruh umat Islam hari ini...ringan2kanlah mulut untuk bercakap mengenai kebesaran Allah....semua ni aku pesan untuk diri aku sendiri yang masih lagi degil...semoga penulisan yang x seberapa yang banyak melalut ni dapat memberi manfaat untuk kita semua...wassalam



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

Tutorial mendidik anak 5 hingga 7 tahun

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:


1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.


2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.


3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.


4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .


5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.


6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.


7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.


8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ