Saturday, 7 May 2011

Bina badan VS bina Iman

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua...moga2 semua dalam keadaan sihat...kepada yang kurang sihat, janganlah bersedih... teruskan berdoa dan yakinlah bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku....hari ni kita sihat, esok mungkin x...hari ni kita sakit, esok mungkin x...begitulah kehidupan kita sebagai manusia, xde yang sempurna...setakat batuk demam tu biasa la...bila kurang sihat sikit baru la nak sebut Allah...hmm, mungkin tu la hikmahnya...

Ok, kita teruskan dengan topik kita la ek...topik kali ni cam ganas semacam jer...haha...aku pun xtau nak letak tajuk ape...x kisah la, janji isinya ada...sebelum tu nak tanya la, korang suka x bina badan...aku x rasa ada perempuan yang suka...ada ke? Wallahualam...klu lelaki aku rasa mostly suka bina badan ni...tapi xde la sampai ketul2 melampau sangat...haha...lumrah hidup, yang seiring dengan nafsu yang sentiasa ingin kelihatan hebat dari kaca mata dunia...aku pun x tahu ape kelebihan bila berbadan sasa...nampak tegap je la kot...nak kata supaya orang x berani kacau, aku rasa sama jer...bila dah terdesak, mereka2 ni hentam je sape2 pun x kira kecik besar....betul x? Abis tu ape faedahnya bermati-matian hari2 pergi ke gym...x bley makan itu x bley makan ini...seksanya hidup...tapi, stakat nak sikit2 sambil2 kluar peluh tu ok la...semua tu x salah pun...aku x kata xbley buat...Islam x larang pun nak bina badan selagi x melanggar syariat islam...

Walaubagaimanapun, jangan la sampai akhirat tergadai....klu sampai pergi ke gym x balik2, sampai solat pun berterabur, terlalu penat sehingga jadikannya alasan untuk tidak bangun tahajud....itu dah x kena....klu nak jugak, jangan la sampai gadai perkara yang lebih penting....perumpamaannya macam buat solat sunat bukan main banyak...xde solat sunat yang x buat, tapi solat 5 waktu tinggal...tu x kena...

Bagi aku, lebih baik kita bina Iman...dengan Iman, kita mampu berdiri teguh tanpa sebarang gangguan... syaitan pun x berani nak ganggu apatah lagi manusia...hebat x? Dengan Iman kita mampu menolak segala rasuah...hebat x Iman? dan dengan Iman, kita mampu menolak selimut lembut kita setiap kali waktu subuh yang mana seorang yang berbadan sasa pun belum tentu dapat menolaknya....lihat, betapa hebatnya IMAN... Iman yang mantap seolah-olah seperti aura yang menjadi perisai hidup kita...kita pun bley jadi cam superhero tau...ada kuasa..haha...xde yang mustahil...bantuan ghaib Allah hanya akan tiba kepada orang2 yang benar2 beriman...orang kita hari ni bila bantuan ghaib Allah x tiba, mereka mula la cari kuasa2 laen yang khurafat dan syirik...masyaAllah...tanpa mereka sedari bahawa mereka sendiri yang menyebabkan bantuan Allah x kunjung tiba...sebab tu la penting kita hari2 mahu usaha Iman kita...

jangan baca laju2 sangat....tengok kartun comel ni jap....hehe
Ok sambung balik....(^_^)


Iman manusia seperti yoyo, ada kala naik dan ada kalanya turun...tidak seperti Iman para malaikat, sentiasa maintain....tapi, apabila manusia itu usahakan Iman mereka, berjaya menekan nafsu mereka....ketahuilah, bahawa manusia tersebut lebih mulia daripada malaikat kerana malaikat tidak mempunyai nafsu...sebaliknya, apabila manusia x usahakan Iman mereka, tidak berjaya menahan nafsu mereka....ketahuilah, bahawa manusia tersebut lebih hina daripada binatang kerana manusia dikurniakan akal manakala tidak bagi binatang...lihat, betapa manusia ini, dengan sedikit perbuatan sahaja boleh membezakan darjat seperti langit dan bumi...

Ada yang kata, dulu bantuan ghaib Allah tiba kerana Rasulullah SAW seorang Nabi...sekarang da xde Nabi... Bukan itu alasannya kenapa bantuan ghaib Allah x sampai pada umat hari ini....klu kita baca kisah para sahabat r.hum dulu, bantuan ghaib Allah tetap bersama mereka walaupun ketika itu Baginda Rasulullah SAW sudah wafat...bagaimana para sahabat mendapat bantuan ghaib Allah sedangkan mereka juga manusia biasa seperti kita? Jawapannya kerana IMAN...perbezaan Iman para sahabat dengan Iman umat hari ini sangat2 ketara...Iman para sahabat cukup2 mantap...bagaimana Rasulullah SAW tarbiah Iman mereka selama 13 tahun....Jadi, x mustahil bantuan yang sama seperti yang diterima oleh para sahabat dulu akan tiba pada kita...dengan syarat, IMAN mestilah mantap...kalaulah Iman ni ada meter, agak2nya xtau la meter tu naik ke x (aku la)...Allahuakbar...

Oleh itu, Ayuh...sedarlah dari tidur...seharusnya kita fikir risau dengan keadaan Iman kita...Iman kawan2 kita...Iman adik beradik kita...dan Iman seluruh umat Islam hari ini...ringan2kanlah mulut untuk bercakap mengenai kebesaran Allah....semua ni aku pesan untuk diri aku sendiri yang masih lagi degil...semoga penulisan yang x seberapa yang banyak melalut ni dapat memberi manfaat untuk kita semua...wassalam



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ