Friday, 20 May 2011

Hadiah dari Allah



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan diri ini untuk menikmati segala nikmat2 yang diberikan. Tanpa keizinan dari Allah, mustahil untuk kita lakukan apa jua perkara. Wajarlah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya.

Hari ini, hari yang cukup gembira bagi aku. Namun, dalam kegembiraan, haruslah kita berwaspada kerana mungkin hari esok hari sedih kita...mungkin hari ini, kegembiraan yang diberikan adalah merupakan satu ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana hambanya bersyukur terhadap nikmat2 yang diberikan.

Pagi tadi, aku ke sekolah lama aku, MRSM Pengkalan Chepa...biasa la, masa cuti ni la ada masa terluang sikit untuk ziarah cikgu2 yang telah banyak berjasa..sempat la borak2 jap, tanya khabar...kawan2 lama pun ramai datang...x rancang pun...tapi Allah da tulis yang aku hari ni, sekian2 waktu, akan jumpa sekian2 orang...hmm..xde istilah kebetulan...bahaya perkataan ni...hehe

Hari ni jugak result aku kluar...bukan main lama punya tunggu, akhirnya segala debaran hilang...Alhamdulillah, apa yang aku hajat selama ni, dimakbulkan...xde hadiah yang terbaik dari seorang anak kepada ibunya selain menjadi anak yang dapat menyenangkan hati kedua ibubapanya...dari segi akademik, ibubapa mana yang xnak tengok anaknya berjaya...akhirnya hajat aku nak hadiahkan kpd kedua orang tuaku 4 flat menjadi kenyataan...Alhamdulillah...segalanya datang dari Allah...berkat doa mereka...

Memang benarlah....Bila kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita...Semoga result ini akan menutup mulut2 mereka yang mengatakan bila kita buat kerja agama, kerja dakwah, study kita akan terganggu dan result kita akan merudum....malah bagi aku, bila kita buat usaha agama, usaha dakwah, kita akan rasa lebih dekat dengan Allah dan yakin bahawa yang boleh bagi segalanya hanyalah Allah...yang boleh bagi kita 4 flat hanyalah Allah...yang boleh bagi kita fail hanyalah Allah....yakin inilah yang kita mahu tanam dalam diri kita...Siapa sangka, berkat setiap hari doaku meminta supaya dipermudahkan urusan pembelajaran agar x menjadi fitnah terhadap usaha agama ini benar2 dimakbulkan...Allahuakbar...

Aku masih teruja sekarang...bukan teruja apa, teruja kerana Allah benar2 mengotakan janjinya....membuatkan aku ingin cepat kembali ke dalam suasana seperti dulu...dah hampir sebulan aku x jumpa suasana agama sebegitu....susah bila hidup sorang2 dengan berbekalkan Iman yang lemah...Sekarang, tiba masa untuk aku kotakan janjiku...Dulu aku berdoa agar diberikan result yang baik supaya tidak menjadi penghalang untuk aku teruskan usaha dakwah, kerja2 nabi...sekarang Allah dah makbulkan dan x mungkin aku akan mungkir janji...insyaAllah, semoga Allah permudahkan perjalanan 40 hari aku bulan Jun nanti setelah selesai umrah pertamaku...Semoga pengalamanku ini dapat kita ambil iktibar bersama...wassalam

"Yakinlah bahawa bila kita bantu agama Allah, pasti Allah akan bantu kita...insyaAllah"



Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

4 comments:

  1. assalamualaikum . . alhamdulillah , bgs la kalau mcm tu . .

    hmm . . design blog ni menarik la . .

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...terima kasih..

    ReplyDelete
  3. salam akhi hafiz

    SubhanAllah! akhi telah memberikan ana sebuah inspirasi utk memperbaiki segala segala kesalahan ana.. Alhamdulillah! tahniah akhi..bertuahnya ibu memiliki anak seperti dirimu, namun lebih bertuah dirimu kerana memiliki seorang ibu yang mendorong kejayaanmu...kejayaan kita adalah hak Allah, hanya Dia yg berkuasa memberikannya buat kita semua... semoga Allah mempermudahkan urusan dakwah mu & terus beristiqomah dgnnya..

    ~silent reader~

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam...Alhamdulillah, Allah gerakkan hati anda untuk buka blog ni dan timbulkan perasaan sebegitu...Alhamdulillah...benar, kejayaan sebenar2 kejayaan adalah apabila kita dapat syurga Allah...sama2lah kita berusaha ke arah itu...insyaAllah...

    ReplyDelete

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ