Monday, 9 May 2011

Dakwah vs Dakyah




Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
(ali-imran:110)



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT akan nikmat2 yang telah diberikan selama ini. Satu lagi topik menarik yang ingin aku kongsi hari ini ialah dakwah dan dakyah. Ape benda tu? Mungkin perkataan dakwah semua dah tahu tapi dakyah tu apa plak? Bagi yang blm tahu apa itu dakyah, Alhamdulillah kerana hari ini korang akan dapat pengetahuan baru...InsyaAllah, jap lg korang akan tahu apa itu dakyah...

Baiklah, seperti yang kita sedia maklum, DAKWAH ialah seruan orang Islam untuk mengajak manusia lain mengabdikan diri kepada Allah...manakala DAKYAH  ialah gerakan seruan orang kristian untuk menyesatkan umat Islam...

Tujuan aku tulis pasal benda ni xde sebab laen selain nak ingatkan diri sendiri serta semua sahabat2 dan saudara2 seagamaku sekalian...Hari ni, xtau sama ada kita sedar, buat2 x sedar atau betul2 x sedar bahawa gerakan dakyah ini semakin hari semakin berjaya...dalam Malaysia ni lebih kurang 60% Islam, 20%-30% budha+hindu+lain2, dan 10% kristian. Kalau main futsal, ibarat 6 vs 4...kalau bertembung dengan kristian, 6 vs 1...atas kertas memang kena lenyek la... tapi kalau yang 6 tu duk menganga jer, lawan yang 1 orang pun bley score gol...itu lah persoalannya...kalau yang 6 tadi betul2 defend & attack, agak2 yang 4 tu terdaya x nak lawan?

Malangnya umat Islam hari ini terutamanya kat Malaysia kita ni, situasinya sma cam tadi...masih ramai yang ternganga xde wat pape...pada masa yang sama pihak lawan plak terus menyerang...dan baru2 ni negara kita digemparkan dengan laporan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Silap haribulan mereka2 ini berjaya score gol...baru betul2 ternganga kita...bila timbulnya isu sebegini, semua orang maki dan salahkan golongan2 yang berdakyah ini. Sememangnya perkara ini (dakwaan utk jadikan kristian agama rasmi) tidak wajar kerana sudah jelas dalam perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi, kita (orang Islam) tidak perlu nak salahkan mereka...kerana apa? Kerana kita sendiri yang silap...kita sendiri yang xnak tegakkan agama Islam...

Sebab itulah, jom kita sama2 muhasabah diri kita balik...jom berdakwah bagi menyekat gerakan dakyah...usaha ini sangat2 penting...tanpa dakwah, Islam tidak akan tersebar... sedangkan hari ini, gerakan dakyah dimana-mana sahaja...dalam tv, hiburan, pakaian semua ada unsur2 dakyah...klu kita x buat dakwah, x usahakan Iman, kita akan mudah terpengaruh dengan usaha2 dakyah yang hari ini kita bley tengok sendiri gerakan ini sudah berjaya menguasai anak2 muda kita...berapa ramai yang sudah murtad? Ini yang kita perlu risaukan...umat kita!

Aku teringat satu cerita dari kawan aku...dia dari Sarawak...dia kata, kat sini (semenanjung) susah nak tengok gerakan2 dakyah...maknanya jarang jumpa gerakan secara terang-terangan...tapi kat Sarawak, mereka2 ini buat usaha dakyah terang-terangan jer...klu nampak orang yang pakai kemas bawa basikal, haa yer la tu...xtau la sejauh mana kebenaran kisah ini...tapi klu betul, maknanya gerakan dakyah ini boleh dikatakan setiap masa sahaja ada...bagaimana pula dengan gerakan dakwah? dan yang ada sekarang ini, adakah sama sebagaimana yang ditunjuk oleh Baginda Rasulullah SAW? itu yang harus difikirkan...itu yang perlu dirisaukan... sebab, jaminan Allah terhadap kejayaan hanyalah pada apa yang ditunjukkan oleh Baginda SAW.

Ada satu karguzari (laporan) dari jemaah dakwah yang telah dihantar ke Afrika. Karguzari ni aku dapat masa bayan (satu majlis ilmu) kat markas. Jemaah ni pada mulanya buat usaha kat kawasan bandar...kemudian ada penduduk tempatan yang maklumkan kepada jemaah bahawa ada sekelompok manusia di kawasan pedalaman yang x beragama...jadi, jemaah ini telah pergi ke kawasan tersebut dengan bantuan seorang rahaba (penunjuk jalan). Diringkaskan, setelah jemaah sampai ke kawasan tersebut, jemaah telah mengajar mereka tentang Islam dan ajar mereka solat dan sebagainya...Alhamdulillah, penduduk kawasan tersebut telah memeluk agama Islam...Setelah beberapa ketika, satu lagi jemaah telah dibentuk dan dihantar ke kawasan pedalaman tadi untuk lihat perkembangan...setelah jemaah sampai, kelihatan sebuah masjid telah dibina...maknanya Islam semakin berkembang...Kemudian, selang beberapa ketika yang laen, jemaah ketiga dihantar ke kawasan yang sama sekali lagi...namun kali ini, keadaan di sana sudah berubah...di hadapan masjid sudah terbinanya sebuah gereja...maka jemaah meminta untuk dikumpulkan semua penduduk, namun yang datang hanya beberapa orang sahaja...ditanyakan apa yang sudah terjadi, penduduk tempatan tadi berkata, kamu telah terlewat sedikit...ada seorang kristian telah datang dan ramai penduduk di kawasan ini telah memeluk agama kristian....Allahuakbar

Begitulah, bila Islam diamalkan tapi dakwah dihentikan...syaitan ini setiap masa akan goda Iman kita...bagaimana kita tengok kisah pada zaman Rasulullah SAW dulu, setelah sahaja Baginda SAW wafat, gerakan dakwah terhenti seketika...dan dalam masa yang singkat itu, munculnya golongan nabi palsu, golongan murtad...sehinggalah Saidina Abu Bakar r.a. kembali menggerakkan gerakan dakwah dan memerangi golongan2 tadi...

Oleh itu, ayuh sahabat2, kita lajukan langkah kita, jangan berlengah lagi, kerana gerakan DAKYAH di Malaysia pada hari ini lebih pantas dari gerakan DAKWAH...dalam usaha dakwah ini, semua kena terlibat..bukan ustaz2 sahaja yang perlu buat...sesiapa yang mengaku dia umat Baginda Rasulullah SAW, dia perlu buat...klu tidak, tidaklah kita ini digelar sebaik2 umat seperti terjemahan ayat al-Quran di atas...tanya diri sendiri, berapa kali kita ada sebut atau ajak kengkawan non-muslim untuk paham tentang Islam, kalau pun tak mampu nak ajak dia masuk Islam, bagi dia paham jer pun x mengapa...hidayah semua dari Allah...

Rasanya cukup dulu la kot....panjang2 sangat nanti xde orang nak baca plak...hehe..semoga apa yang aku kongsi kali ni sedikit sebanyak memberi manfaat dan membakar semangat perjuangan korang sume sebagai muslim sejati...wassalam


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

6 comments:

  1. Boleh saudara "fahamkan" kepadaku tentang Islam pula?..aku adalah seorang kristian.Boleh jelaskan,mengapa perlu islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana islam hanya sembah yg maha Esa.. cuba tuan cari apa yg satu2 nya di dunia ini.. sy beri contoh. Dunia ini mempunyai 1. Akan tetapi dunia juga mempunyai planet lain... lebih lanjut tnya kpada ustaz lebih pandai

      Delete
    2. AWALUDIN MA'RIFATULLAH

      Kata Itjmak:
      "Awal-awal Agama ialah mengenal Allah."
      Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai Agama. Kemuliaan seseorang dalam beragama itu bergantung kepada sejauh mana dia kenal akan Tuhannya

      Berkata Saydina Ali R.A. yang bermaksud:
      "Mengenal Allah itu adalah permulaan agama; kerana tidak mungkin seorang hamba benar-benar mengerjakan ketaatan kepadaNya tanpa mengenali Zat, Sifat dan Perbuatannya".

       وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
      Islam merupakan suatu cara hidup yang lurus, mengajar manusia supaya mengesakan Allah SWT dan meninggalkan semua bentuk sembahan selain Allah SWT.

      اِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللّٰهِ الْاِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ اِلَّا مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًاۢ بَيْنَهُمْ ۗوَمَنْ يَّكْفُرْ بِاٰيٰتِ اللّٰهِ فَاِنَّ اللّٰهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ

      Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat perhitungan-Nya.
      Surah: Ali Imran, Ayat:19

      Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

      ذَاقَ طَعْمَ الإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً

      Maksudnya: "Telah merasakan lazatnya iman, orang yang redha bahawa Allah sebagai Rab, Islam sebagai Din, dan Muhammad sebagai Rasul."
      (Riwayat Muslim)

      Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

      ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗا

      Pada hari ini telah Ku sempurnakan untukmu dinmu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam menjadi dinmu.
      (Surah Al-Maidah:3)


      يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ ٢٧  ٱرۡجِعِيٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةٗ مَّرۡضِيَّةٗ ٢٨ فَٱدۡخُلِي فِي عِبَٰدِي ٢٩  وَٱدۡخُلِي جَنَّتِي ٣٠

      Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rab-mu dengan hati yang redha lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
      (Surah Al-Fajr :27-30)


      Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. bersabda:

      أسعدُ الناسِ بشفاعتي يومَ القيامةِ مَن قال : لا إلهَ إلا اللهُ، خالصًا من قِبَلِ نفسِه

      Maksudnya: "Orang yang paling bahagia dengan syafaatku adalah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallaah dengan tulus ikhlas daripada lubuk hatinya."
      (Riwayatal-Bukhari)

      Kesimpulannya, Kenal Allah kita cuma baharu mendapat Agama. Untuk mendapat Islam, kita perlu mendapat keredzoan Allah S.W.T.

      Wallahu A'llam

      Arash Dean

      Delete
  2. Terima kasih diatas komen blas yang diberikan.

    1)Kerana islam hanya sembah yg maha Esa.
    - Bukankah umat Yahudi juga menyembah Allah yang Esa?.. Menurut Alkitab, kepastian keselamatan surgawi hanyalah melalui Juruselamat-Nya iaitu dengan MENGENAL, PERCAYA DAN MENGIMANI Juruselamat-Nya. Dalam erti kata lain, kami mengenal apa yang kami sembah. Bukankah pepatah melayu mengatakan "tak kenal maka tak cinta".

    Bebalik kepada jawapan saudara di atas,saudara menegaskan yang umat muslim 'hanya' menyembah Allah yang maha Esa. Boleh jelaskan tujuan umat muslim yang naik haji dan mencium batu hitam. Bukankah dengan berbuat sedemikian umat Islam telah menyekutukan Allahnya?.. mohon penjelasan, terima kasih dan salam sejahtera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera.

      Bagi menjawab persoalan ini, saya juga mempunyai dalil yang bernas dari sumber primer, yakni AL-Quran yang boleh ditunjukkan kepada tuan. Silahkan semak ayat berikut;

      Al-Baqarah:177 - Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

      Dalam ayat yang dinyatakan di atas bahawa Islam itu merangkum segala aspek, dan bahawa Islam itu aman, sejahtera, damai dan sentosa baik yang lahiriah mahupun yang rohaniah. Contohnya, umat Islam wajib melaksanakan haji (pertama kali) bagi yang berkemampuan yang merupakan salah satu daripada lima rukun Islam.

      Semoga keterangan ini dapat memberi kefahaman kepada tuan walaupun sedikit.Sesiapa pun yang ingin mencari kebenaran (haq), pasti Allah akan memberinya jalan keluar lantas mengurniakan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

      Delete
  3. Salam sejahtera

    Islam tidak perlu perantara. Setiap hamba berhubung terus dengan Allah tanpa sebarang perantaraan. Tidak perlu berhala mahupun manusia sebagai perantaraan.

    Berkenaan ibadah haji, itu adalah rukun Islam yang kelima. Wajib ditunaikan bagi yang berkemampuan. Ketahuilah, kaabah di Mekah itu kiblat kedua umat Islam, kiblat pertama ialah BaitulMaqdis. Umat Islam menyembah Allah, bukan kaabah.

    Berkenaan hajar aswad, Saidina Umar al-Khattab,sahabat Rasulullah ketika hendak mencium hajar aswad pernah berkata :
    “Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Harap saya mampu memberi sedikit pencerahan. Maaf atas salah dan silap.

    ReplyDelete

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ