Friday 27 January 2012

Amar syahid di medan perang


SEMASA Nabi Muhammad SAW bersiap-siap ke medan perang Uhud, Baginda didatangi seorang lelaki daripada Bani Asyahali bernama Amar bin Thabit. Pemuda itu menyatakan keinginannya untuk memeluk Islam dan mahu mengikut angkatan perang bersama Rasulullah.

Muslimin di Madinah mengetahui betapa terasingnya Amar di tengah-tengah kaumnya yang telah memeluk Islam. Hatinya tertutup rapat untuk menerima nur ALLAH itu.

Tidak ramai yang tahu mengenai keislaman Amar kerana sibuk menyiapkan bekalan ke medan perang. Majunya Amar dengan keberanian luar biasa, berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, namun langsung tidak dipedulikan hingga Amar akhirnya rebah.

Ramai bertanya untuk apa dia ke mari kerana menyangka lelaki itu masih musyrik, dalam keadaan antara hidup dan mati Amar menjawab, "Aku sudah beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedang ku menuju ke medan perang. ALLAH bakal memberikanku syahidah sedikit waktu lagi,". Lalu syahidlah Amar sebagai pahlawan Islam.

Kesyahidan Amar diketahui Rasulullah dan baginda bersabda, "Amar akan berada dalam syurga nanti,". Abu Hurairah meriwayatkan hadis dengan berkata, "cuba kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun terhadap ALLAH dan jika kamu tahu orangnya, itulah dia Amar bin Thabit.

Sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan4.htm


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ