Wednesday 18 April 2012

Saat Itu Hampir Pasti


.......
Walaupun ku tahu perpisahan itu pasti...

Dan hari demi hari,
Saat itu semakin menghampiri...
Syukur padaMu ya Allah,
kerana meminjamkan nikmat ini kepada ku
Aku langsung tidak boleh membantah
kerana telah menjadi ketetapan
Bahawa dunia ini sementara...

Walaupun nikmat ini sementara,
ia sungguh bermakna...
Tidak ada sesuatu yg dijadikan oleh Sang Pencipta
tanpa sebarang hikmah disebaliknya...

Bersyukurlah...
Dan gunakanlah masa yang ada...
ini kerana,
Dunia ini sementara...
Dan pastinya saat ini juga sementara...

Usah lalai, Usah alpa...
Carilah nikmat yg kekal selamanya...
yang boleh menemani mu hingga ke syurga...

percayalah,
bahawa ianya ada...
cari lah dengan sebaiknya...

bukalah mata mu..

carilah dan terus mencari...
setelah itu genggamlah ia...
kerana ia bisa dicuri kembali..
sehingga kamu dihanyuti masa...

Kemudian,
berusahalah atasnya...
Lagi dan lagi,
Sehingga kamu tiada lagi...


saat yang pasti dan pasti...




Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ