Saturday 7 May 2011

Sambutan Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Maha Suci Allah...Allahuakbar...segala pujian hanyalah untukMu ya Allah...alhamdulillah hari ini kita masih lagi dapat merasai nikmat2 Allah...alhamdulillah..

Hari ni nak tulis pasal hari ibu la sebab semua duk cakap pasal hari ibu jer...pasti semua da biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Jadi bagi 2011 ni sambutan hari ibu jatuh pada 8 Mei 2011.

Sambutan hari ibu juga diambil perhatian berikutan timbul isu dari  artikel wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:


Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Jadi bagaimana? Ramai yang tanya bley ke sambut Hari Ibu...macam2 jawapan yang kita dengar...ada yang kata bley, ada yang kata x....seperti mana rakan kita yang bertanya kepada Ustaz Azhar Idrus dan jawapan yang diberikan di sini. Dalam hal ini, pandangan dan pemahaman melalui blog dan internet hasil tulisan mereka2 yang tidak arif (seperti blog ini) perlulah berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat. Walaubagaimanapun, kita sebagai seorang anak sepatutnya setiap hari dan setiap masa la raikan ibu kita bukan hari2 tertentu sahaja...




UCAPKANLAH KATA2 SAYANG KEPADA IBU KITA SETIAP HARI


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ