Thursday 5 May 2011

Ujian Hidup

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Syukur kehadrat Ilahi dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita hingga ke hari ini. Ucapkanlah kata2 ini lagi dan lagi berulang2 kali walaupun perkara yang sama. Ketahuilah bahawa ianya lebih mulia dan lebih disukai oleh Allah berbanding kata2 kosong yang xde makna. Apa lagi tujuan kita hidup di muka bumi ini kalau bukan nak sukakan Allah. Jadi perbanyakkan perkara2 yang disukai olehNya. Ok la, muqaddimah x bley panjang2....hehe

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, jom tengok gambar2 ni...

Kota Suci Mekah
Masjid Nabawi, Madinah

Antara 2 tempat yang pastinya semua insan bergelar muslim berhajat untuk ke sana. Bagaimana rasanya ek? Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke sana, Alhamdulillah amat beruntunglah mereka. Bagi yang x pernah, jangan kuatir, jika sudah tertulis nama kalian akan berada di sana, saatnya pasti akan tiba dan tidak akan berganjak walaupun sesaat. Semuanya pilihan Allah...

Tergerak hati hari ni nak cerita pasal bnda ni sebab da x sabar2 nak jejak kaki ke sana. Tahun lepas dah rancang satu famili nak pegi tapi sebab ada yang x cuti time tu jadi terpaksa la tangguh dulu. Allah belum pilih lagi keluarga kami untuk ke sana. Tahun ini Alhamdulillah segala perancangan da dibuat, passport & visa semua siap...tu je la yang mampu diusahakan selain siap2kan diri...yang selebihnya berserah kepadaNya. Sama ada hajat famili kami kali ni tercapai atau tidak, itu diluar kemampuan kita sebagai manusia...moga2 Allah pilih kami sekeluarga sebagai tetamuNya tahun ini...insyaAllah, klu xde ape2 halangan 25 Mei ni kami bertolak untuk wat umrah...amin..

Sebelum bertolak, kena la siap2kan diri dulu betul x? Ni yang aku risau sangat2 sekarang. Memang rasa laen la bila hidup bersendirian ni...maksud aku x berada dalam jemaah. Bila sorang2 ni paham2 saja la, iman mudah sangat tergugat. Sebab tu la hidup kita ni, klu kita nak wat ape2 sekalipun, klu bley biarlah berjemaah dengan kata laen, secara beramai2. Solat berjemaah, makan berjemaah, pegi mana2 pun berjemaah dan macam2 lagi la...bila berjemaah ni, kita akan lebih kuat dan syaitan2 pun susah nak goda kita...Pepatah kita sendiri pun ada kata, "Bersatu teguh, bercerai roboh". Haa, sama la tu...

Dah 2 minggu lebih aku kat rumah. Sekarang baru rasa betapa susahnya nak bina suasana berbanding terkesan dengan suasana tambah2 plak sorang2. Klu kat kolej dulu x rasa benda ni sebab kita ramai2 dalam jemaah, suasana agama pun ada, then sukar untuk terkesan dengan suasana dunia. Tapi hari ni, adui.... sorang2 kat sini, camne nak wujudkan suasana agama...xde sebab laen melainkan Iman yang lemah...Iman aku la tu....Kepada korang kat luar sana yang sedang berada dalam suasana agama, gunakanlah sebaik2nya untuk memantapkan Iman agar x mudah terkesan dengan suasana dunia nanti dan banyakkan berdoa agar dikekalkan dalam persekitaran agama dan doakanlah saudara2 kita yang laen yang masih nyenyak dibuai mimpi indah dunia yang sementara ini (termasuk aku).

2 minggu ni, klu tilik2 balik cukup2 sedih...mulut ni semakin lama semakin terasing dari percakapan iman... Allahuakbar...teruknya aku...kaki ini semakin lama semakin sukar untuk bergerak ke majlis2 ilmu...teruk betul aku ni....satu je aku bley kata, Allah x pilih aku...hidayah Allah ni bila2 masa Allah bley bagi dan bila2 masa saja Allah bley tarik...sejauh mana pun orang tu berada dari masjid, klu Allah pilih dia ke masjid, pasti dan pasti dia akan sampai...sebaliknya satu orang walaupun bumbung rumahnya bersambung dengan bumbung masjid, tapi jika Allah x pilih dia ke masjid, dia xkan sampai...aku cakap untuk diri aku sndiri yang masih lemah lagi ni....sebab tu aku pun klu bley nak cepat2 kluar 40 hari cam kawan2 aku yang laen....cari suasana agama...dah tu nak bina suasana agama x mampu, kenalah cari suasana tu klu x hidup ni xtau nak jadi ape (aku la)...

Jadi aku klu ikut rancangan, selepas balik umrah ni, terus mulakan 40 hari...moga2 Allah pilih aku kali ni... Ada lagi beberapa orang kawan2 yang bersama2 dengan aku untuk jemaah kali ni (jemaah ketiga dari PASUM setelah dua jemaah dah selamat keluar). X sabar nak balik ke UM...harap2 karkun2 RPKJ semakin ramai dan adik2 asasi yang baru pun ramai yang jadi karkun....Selagi x kluar, selagi itu la syaitan2 ni akan mainkan peranan nak goda kita...susah betul laa...segala2 berkaitan dengan IMAN....sebab tu penting sangat2 jaga iman...tadi dapat berita, kawan aku yang akan kluar skali gn aku nanti tu da bgtau mak dia tntang hajatnya nak kluar 40 hari....sama2 doakan agar Allah permudahkan segalanya...hidup ni penuh dengan ujian...sama ada kita berjaya hadapinya atau tidak, itu yang harus dikuatiri...Jadi, Ayuh sama2 kita mantapkan Iman hari demi hari seperti seorang pengusaha padi mengusahakan sawahnya...tanpa usaha ke atas padi, maka tiadalah beras....wsalam

 "IMAN ITU PENTING, TAPI USAHA ATAS IMAN ITU LEBIH PENTING" 


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

2 comments:

  1. nice entry dan cantek blog awak.... salam ukhwah ya...

    ReplyDelete
  2. terima kasih...teruskan menulis kerana Allah... Salam ukhwah...insyaAllah..

    ReplyDelete

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ