Sunday 24 April 2011

Perkataan yang melemahkan Iman

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak kongsi sikit je...jadi post kali ni agak pendek la...ape yang aku nak kongsi ialah perkataan yang boleh melemahkan iman..haa...cube teka ape perkataan tu...maklumat ni aku dapat dari kawan aku. Kawan aku plak dapat dari kawan dia. Kawan kepada kawan aku tu pun kawan aku jugak..haha..saje jer wat korang pening...ok serius2...senang cerita, maklumat ni diambil dari satu majlis ilmu...banyak2 point dalam majlis tu, point ni yang aku paling nak kongsi...

Perkataan yang dimaksudkan tu ialah TIBA-TIBA dan KEBETULAN...rasenyer ada lagi tapi aku lupa...hehe..insyaAllah nanti klu aku ingat aku post di laen masa...ok, berbalik kepada perkataan2 tadi... mengapa ia dikatakan perkataan yang melemahkan iman? sebenarnya xde pun istilah tiba-tiba dan kebetulan tu...semua yang berlaku kat kita hari ni mahupun hari2 yang mendatang, semuanya telah ditetapkan oleh Allah...pernah x korang dengar percakapan macam ni...contohnya, "Eh awak, awak pun ada kat sini jugak? kebetulan la kita jumpa hari ni...macam da dirancangkan? hehe.." sama la dengan perkataan tiba2 tu...korang wat la ayat sendiri pasal perkataan tiba2 tu...semua pernah belajar BM dulu kan? mesti pandai wat ayat nyer...

Maybe nampak simple jer bnda2 tu kan? tapi bagi orang2 alim, mereka sangat tekankan perkara2 sebegini kerana bila kita da biasa dengan percakapan macam tu, yakin kita terhadap qada' dan qadar Allah sedikit demi sedikit akan pudar....iman pun lama2 akan lusuh...sebab tu la sangat penting kita jaga percakapan kita, perbuatan kita, pergaulan kita dan macam2 lagi la...tu jer la yang aku nak kongsi ngan korang kali ni....benda simple ni boleh bagi impak yang besar tau...sama2 la kita belajar dan terus belajar dari orang2 yang alim... berkenaan dengan orang alim ni, aku ada satu benda nak kongsi tapi bukan kali ni la....klu panjang umur insyaAllah di post yang akan datang...wassalam


Nukilan,
Hafizuddin Zulkifeli
mhz_92@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..........SELAMAT DATANG...............Jangan lupa jadi sahabat MHZ